Sunday 10 December 2017

Jangan Pandang Hina Manusia


Saya Bukan Macam Tu...

Ada seorang asnaf yang saya bantu di zawiya haji salleh, daripada fakir, alhamdulillah dapat sedikit selesa dalam hidup. Tapi masih dibantu kami. Hari ini telefon saya siap bercerita:

"Ustaz, KTM nak ambik tanah saya dengan nilaian RM 1 juta. Alhamdulillah ustaz, saya syukur. Ustaz, dapat je duit tu saya nak hadiahkan ustaz dengan sebiji alphard, kesian tengok ustaz balik kampung guna avanza, pi kerja pula guna kereta proton saga lama....saya betul2 nak bagi hadiah ni ustaz, ustaz dah banyak bantu saya..."

Terpacul di mulut saya:

"saya bukan macam tu, maaf saya tak boleh terima hadiah tu, abg w simpan duit tu, nanti saya ajar macam mana nak menyimpan, abg w tak ada pencen dan tak ada sesiapa, simpan dalam ASB atau Tabung Haji, simpan setahun dan guna 'keuntungan' sahaja, 'pokok' duit tu simpan untuk masa depan. Jangan lupa pula buat haji, nanti saya daftarkan.."

Ketika saya bercakap dalam telefon dengannya, lalu seorang ustazah teman sejabatan saya. Habis bercakap, dia tanya saya apa yang dibualkan sehingga menyebut alphard. Siap tanya saya sama ada saya nak beli alphard ke. Saya ceritakan detail berkaitan asnaf tadi, sambil melopong matanya dia berkata:

"Dia tawarkan alphard pada salah tempat, kalau orang lain dah ambil dah ustaz..."

Saya katakan pada ustazah tersebut, kalau saya nak, saya akan beli sendiri, tapi start saya pakai alphard; tiada lagi sumbangan yang banyak yang saya boleh beri pada orang lain...

Ini adalah pilihan dan prinsip hidup saya, saya tidak kisah kalau rakan-rakan nak berkereta besar, itu juga nikmat. Hidup adalah pilihan, nak pakai, pakai aje bukan berdosa nak beli kereta baru dan besar. Dan tak salah juga pakai kereta buruk macam saya. Nikmat dan rezeki di dunia ni Allah suruh manfaatkan.

Apapun, saya suka dengan harley davidson dalam gambar di bawah! rare....

Bantulah orang-orang susah, jangan pandang hina mereka, mana tahu, kelak mereka lebih kaya daripada kita.

Tuah ayam nampak di kaki
Tuah manusia siapa yang tahu

P/S: Ni gambo lama, jangan kata saya kat kebun lak, ni kat UiTM ni, dok buat LR.....hi hi hi....

No comments:

Post a Comment