Wednesday 5 October 2016

Pagar Kebun

Cerita semalam...amacam cantik dan lurus tak pagar kami....mudah2an cik kerbau, cik kambing, cik lembu dan cik bi tak masuk la ye...puas kami jadi pembalak haram...hik hik...
Sistem kat dunia ni, sesiapa yg tanam pokok dia kena buat pagar. Undang2 Allah kat akhirat belum tentu lepas. Kerbau, lembu dan kambing dilepaskan, memakan pokok2 jiran, bila besar dan cukup umur kambing, kerbau dan lembu dijual, lepas tu hasilnya beri makan anak isteri.
Ia akan menghasilkan darah daging. Bertani dan berternak adalah ibadah, jalankanlah mengikut syariat Allah. Ini antara sebab kenapa saya tidak bela kambing, lembu dan kerbau dalam kebun sawit. Takut ia memakan tanaman jiran. Kalau mereka makan tanaman saya dan isteri kami anggap sedekah dan redha, tapi bagaimana dgn tuan tanah lain yg tak redha?. Jangan kerana lembu, kerbau dan kambing kita susah untuk melalui titian sirat nanti.
Selain berdoa dengan beberapa doa yang saya kongsikan, kita juga dituntut berusaha. Ini usaha dan ikhtiar kami. Sabda Nabi SAW
من ماتَ وعليْهِ دينارٌ أو درْهمٌ قُضِيَ من حسناتِه، ليسَ ثمَّ دينارٌ ولا درْهمٌ
الراوي:عبدالله بن عمر المحدث:الألباني المصدر:صحيح ابن ماجه الجزء أو الصفحة:1973 حكم المحدث:صحيح
Mafhumnya:
Sesiapa yang mati dan masih ada hutang beberapa dinar atau dirham, Allah akan tebus ganti dengan pahalanya pada hari yang tiada lagi manfaat dinar dan dirham (hari akhirat).