Monday 29 August 2016

Tuesday 23 August 2016

Perbezaan Antara Ayam Mutiara (ayam api api) Jantan dan Betina

Post saya kali ini adalah berkaitan perbezaan antara ayam mutiara jantan dan betina. Ayam mutiara jantan boleh dibezakan dengan beberapa perkara; sila rujuk pada gambarajah yang saya sertakan.
 Jika kita membeli anak; perhatikan kawasan di bawah matanya; jika berwarna putih, maka ayam tersebut adalah jantan, jika berbelang di bawah matanya, ayam itu adalah ayam betina. Lihat perbezaan di bawah.
Bahagian sekeliling matanya bewarna putih; anak ayam ini adalah jantan

Bahagian sekeliling matanya adalah berbelang; anak ayam ini adalah betina.

Monday 8 August 2016

Kerja, Usaha, Zakat, Sedekah & Bantu Sesama Insan

Alhamdulillah hasil sawit dr kebun kami juga digunakan bg pendapatan sampingan kepada insan yang memerlukan. Pelbagai kerja sampingan yg boleh diupah seperti tanam sawit, racun sawit, baja sawit, kait sawit, jaga dan beri makan haiwan dan yang terbaru sebagai penjaga kebun dan penjaga kolam ternakan ikan talapia.

Sungguh kami layan mereka seperti adik beradik sendiri. Tiada istilah 'kuli' dalam kamus hidup kami. Mereka adalah sebahagian daripada keluarga kami. Setakat ini seingat kami 7 orang yang telah bekerja di kebun kami sebagai 'part time'. Saya tiada modal untuk membayar gaji bulanan mereka, cuma ada sedikit hasil sawit yang saya guna untuk memberi hadiah atas kerja-kerja kebun yang telah mereka lakukan. Alhamdulillah mereka sangat komited dan bersungguh2. Untuk pengetahuan pembaca juga, kita jangan menjadi haji bakhil atas kerja yang mereka lakukan, bayarlah lebih sikit daripada kebiasaan yang mereka dapat. Mereka akan lebih bermotivasi. Jika kalian pergi rumah mereka, kalian akan menitiskan airmata atas kesusahan mereka. 

Sebenarnya saya dan isteri boleh lakukan sebahagian daripada kerja2 tersebut tapi berpegang pada konsep kongsi rezeki, dipelbagaikan bentuk bantuan. Alhamdulillah, rezeki sawit setakat ini masih cukup untuk membantu. Teringat kata2 arwah ayah:
"Buat kerja sampai boleh bayar zakat, kerja sampai boleh bantu orang susah, semakin banyak memberi, semakin rezeki dicukupkan Allah SWT"

Terima kasih ayah dan mak atas ingatan!
















Doa Keluar Rumah

قالَ رسولُ اللهِ - صلَّى اللَّهُ علَيهِ وسلَّمَ - : مَن قالَ إذا خرجَ من بيتِهِ : بِسمِ اللَّهِ ، توَكَّلتُ علَى اللَّهِ ولا حولَ ولا قوَّةَ إلَّا باللَّهِ يقالُ لهُ هُديتَ ، وكُفيتَ ، 
ووُقيتَ فيتنَحَّى عنهُ الشَّيطانُ ، ويقولُ شيطانٌ آخرُ : كيفَ لَكَ برجُلٍ هديَ وَكُفيَ ووقيَ ؟ !
الراوي:أنس بن مالك المحدث:الألباني المصدر:تخريج مشكاة المصابيح الجزء أو الصفحة:2377 حكم المحدث:إسناده صحيح على 
شرط الشيخين

Hari ni nak bercerita tentang amalan sunnah yang disuruh oleh Rasulullah SAW ketika keluar daripada rumah. Amalan yang boleh dikongsi bersama. Saya suka bagi petua amalan yang mudah dan ringkas. Di dalam hadis di atas Rasulullah SAW bersabda:

"Sesiapa yang membaca bila keluar daripada rumahnya: BismiLlahi tawakkaltu alaLlah la hawla wala quwwata illa biLlah, maka sampaikanlah kepadanya sesungguhnya dia telah diberi petunjuk, dicukupkan keperluannya, dan dilindungi. Syaitan-syaitan juga lari daripadanya. Dan berkata syaitan kepada temannya; bagaimana mungkin kamu mampu mengganggu orang yang diberi petunjuk, dicukupi dan dilindungi (oleh Allah SWT).

al-Albani menilai hadis ini sebagai sahih isnadnya atas syarat bukhari dan muslim. Bacalah setiap hari ketika kita nak keluar daripada rumah sebagai bekalan dan ikhtiar kita kepada Allah SWT. Kegagalan mengamal, melaksana dan mempraktikkan hukum Islam secara sepenuhnya dalam kalangan masyarakat menyebabkan jenayah berada di mana-mana. Tiada yang mampu selamatkan kita dan keluarga selain pergantungan kita kepada Allah SWT. Selamat beramal.











Thursday 4 August 2016

Doa Semasa Mengunci Rumah

Doa ini saya warisi daripada ayahanda angkat yang sangat saya sayangi, Dato' Dr. Hailani Muji Tahir. Beliau adalah penyelia saya sewaktu belajar di peringkat master di UKM. Hubungan kami sangat baik, beliau mengganggap saya seperti anak lelakinya. Kebetulan memang beliau tidak memiliki anak lelaki.Saya juga diambil bekerja dengan syarikatnya sebagai, penulis dan editor sepenuh masa. Hampir 4 tahun saya bekerja dengan beliau sebelum saya menyertai J-QAF atas faktor jaminan masa depan. Pada waktu tu, saya tinggal bersama isteri di sebuah rumah sewa di kawasan Kg. Sungai Serai, memang jauh daripada penempatan manusia dan sangat sunyi. Jauh di dalam hutan di kawasan Hulu Langat. Saya selalu bercerita dengannya tentang kerisauan saya meninggalkan isteri dan barang-barang berharga ketika kami bercuti. Beliau berpesan, selepas kamu baca bismillah semasa mengunci pintu, baca ayat ini: bismillahi fi kanzillah (dengan nama Allah, semoga ia termasuk dalam pemeliharaan Allah SWT).

Alhamdulillah, kami selamat daripada kejahatan pencuri, walaupun kawasan sekitarnya 'masak' dikerjakan oleh mereka. Syukur. Nak kongsi ja, amalan orang alim, kata dato' hailani, beliau ambil amalan ini daripada seorang kiyai di johor. Gambar yang bawah tu kenangan masa kami tinggal di Hulu Langat sekitar tahun 2003-2009. Rindu suasana langat. Masa ni berdua aje, badan pun slim lagi, he he he...

Tiada sandaran hadis, ia berbentuk doa yang baik.

بسم الله في كنز الله