Thursday 30 June 2016

Chiwawa, Si Anjing Kebun

Mempunyai kebun yang berkeluasan 2 ekar memang memerlukan anjing sebagai penjaga kebun. Kebun kami sering dicerobohi oleh kera dan babi hutan. Kera mengganggu buah-buahan dan binatang peliharaan, manakala babi hutan mengganggu pokok-pokok yang bari ditanam di kebun kami. Alhamdulillah, saya dapat chiwawa hasil daripada bantuan seorang sahabat saya iaitu en ameri shariff yang mempunyai minat yang sama dengan saya.

Memang chiwawa ni seekor anjing yang sangat baik dan memahami kehendak saya. Chiwawa tidak mengganggu ternakan saya termasuk kucing, ayam, itik, arnab, angsa, guinea pig dan star tortoise. Memang anjing ni penjaga yang setia. Malah, dia juga tidak sesekali menyendeng2 di kaki saya, isteri dan anak-anak seolah memahami yang kami mempunyai hubungan yang terhad bersamanya. Dengan kehadirannya, kami rasa selamat terutamanya di sebelah malam kerana rumah kebun kami terletak jauh daripada perumahan, boleh dikatakan berada di dalam hutan. selain daripada itu, chiwawa menjadi anjing yang menjaga keselamatan anak2 kami ketika mereka bermain di kebun, risau juga dengan binatang buas dan ular2. Alhamdulillah, islam membenarkan pembelaan anjing bagi tujuan keselamatan dan penjagaan kebun. 

Semoga chiwawa sihat dan dapat menjaga keselamatan di kebun kami.



Belang, Si Mix Bengal

Hari ni saya nak update tentang membela kucing sebagai sumber pendapatan. Saya ada seorang kawan, membela beberapa pasang kucing parsi semi flat. Memang boleh buat duit bila membela kucing2 yang mahal ni, sekali beranak 4 ekor anak, jual RM 200 sekor pun pada hakikatnya sudah cukup untuk cover makanan kucing. Kepada yang berminat silakan. Saya pun ada bela beberapa kucing, kucing yang paling mahal pernah saya miliki adalah seekor bengal yang berharga RM 600. Kucing ini saya bagi nama belang, sangat jinak, tapi sayang dia telah pergi tinggalkan keluarga kami buat selamanya. 

Bagi yang ada minat nak membela bengal, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan: antaranya, bengal ini memang sangat aktif dan tak suka dibelai. Kucing jenis ini juga sukar untuk dirawati jika terkena penyakit kerana kita mmg tak boleh bawa pergi jumpa vet kerana sifatnya yang boleh berubah bila berubahnya tempat.

So, bengal memang cantik, tapi perlukan penjagaan yg rapi supaya tidak terkena sebarang bentuk penyakit.






Sunday 26 June 2016

Arowana (High Back & Malaysian Gold (Crossback)

Saya amat meminati dunia ikan hiasan, antara ikan hiasan yang paling mudah untuk di bela adalah ikan kelisa. Saya mula membela ikan kelisa silver, kemudiannya beralih kepada banjar red, kemudiannya high back dan akhirnya membela malaysian gold. Yang tinggal di rumah kami sekarang hanyalah high back yang di namakan sebagai Damion dan Malaysian Gold yang diberi nama Budi. Budi ini adalah pemberian rakan bagi saya pemilik seri iskandar aquatic, iaitu Alex dan pasangannya Isma. Mereka sangat baik dengan saya, semoga tuhan merahmati kebaikan mereka. Takkan mampu saya balas. Saya namakan dengan budi bersempena budi mereka pada saya.  Si Budi ini adalah F2 hasil daripada ladang arowana di bukit merah dilengkapi dengan sijil kelahiran dan mempunyai cip di badannya. 

Sebilangan orang mengatakan bahawa membela ikan kelisa susah. Sebenarnya ia hanyalah taboo dalam masyarakat, membela kelisa sangat mudah, ikannya pembersih, najisnya tidak banyak jika di beri makanan hidup seperti cengkerik dan ulat besar. Si Damion saya telah latih sejak kecil makan palet, namun perbezaan yang ketara bila makan palet adalah air dan najisnya agak banyak dan sukar dicuci, so sy suggestkan supaya mereka diberi makanan hidup. Cuma kalau boleh elakkan memberi  makan ikan kerana kelisa anda mudah dijangkiti penyakit bawaan ikan dan proses penyembuhan memakan masa yang agak lama.

Damion

Damion

Damion

Damion

Budi

Sijil Lahir Budi
Damion

Ayam Kampung dan Ayam Belanda

Anak-anak ayam ini adalah batch kedua kepada ayam-ayam yang ada dalam kebun kami. Saya membelinya dengan harga RM 2.80 untuk anak-anak ayam kampung yang berusia sebulan. Lebih mudah kerana mereka tidak memerlukan lampu lagi sebagai pemanas. Ayam kampung yang saya bela ini adalah untuk diri sendiri, teringin nak makan hasil ayam ternakan sendiri yang bebas daripada sebarang suntikan yang membahayakan kesihatan.

Manakala ayam belanda ini saya beli dengan harga rm 12 untuk yang berusia 1 bulan. Ayam belanda juga seperti angsa dan burung murai batu yang sangat sensitif pada gigitan nyamuk. Sebab tu beli anak yang dah lebih sebulan untuk elakkan kesan gigitan nyamuk. Seronok bela ayam belanda ni, ada orang panggil ayam klok-klok kerana sifatnya seolah melatah apabila diusik. Kepada yang berminat, silakan...anaknya murah, bila besar, harganya boleh mencecah RM 120 untuk seekor dan RM 40 untuk satu kilogram. Menjelang krismas, permintaan terhadap ayam belanda ini sangat tinggi.

Buat masa ini, semua ternakan saya hanya untuk kegunaan diri sendiri sahaja.



Thursday 23 June 2016

Lalat Askar Hitam (Black Soldier Fly) - Hermetia illucens

Alhamdulillah, seorang sahabat saya menasihati saya agar mempelajari cara untuk mengeluarkan sendiri BSF bagi kegunaan makanan binatang-binatang di kebun saya. Alhamdulillah saya mula mempelajari dengan membaca beberapa artikel di dalam blog berkaitan BSF dan insya Allah akan cuba untuk menghasilkannya. Di bawah adalah artikel yang baik berkaitan BSF, semoga bermanfaat, dan sudah tentu pahala akan mengalir kepada tuan artikel ini. Allah....di bawah saya sertakan link asal.

Apa itu "Black Soldier Fly - BSF"?.

Lalat askar hitam, atau Hermetia illucens adalah adalah serangga dari specis lalat yang terbang bebas diluar kawasan rumah. Lalat ini akan menghasilkan  larva atau ulat yang biasa terdapat dalam timbunan sampah atau kompos. Larva juga kadang-kadang ditemui dalam bangkai, buah-buahan busuk dan timbunan lebihan dapur. Ianya mempunyai potensi yang besar untuk digunakan dalam entomologi forensik.

Black Soldier Fly Larva (BSFL) boleh digunakan dalam pembuatan baja, mengawal lalat rumah dan pengurangan dalam jumlah baja. Larva matang dan prepupae dihasilkan  dalam operasi pengurusan baja dan juga boleh digunakan sebagai tambahan kepada  makanan haiwan. Larva dijual sebagai makanan untuk pemilik herptiles dan ikan tropika, atau seperti kompos ulat. Larva menyimpan tahap kalsium untuk pertumbuhan dan  memberi manfaat kepada herptiles. 


Lalat askar hitam yang dewasa hidup dalam jangka hayat yang singkat hanya untuk bertemu pasangannya bagi menghasilkan telur. Bagi setiap lalat  betina mampu menyimpan telur sebanyak 500 biji. Dari telur akan terhasil larva atau ulat yang akan membesar dan memakan bangkai, bahan-bahan buangan sampah dan sisa-sisa makanan.


Lalat dewasa tidak mempunyai mulut dan tidak membawa sebarang penyakit kepada manusia.


Kitaran Hidup 


Telur yang terhasil dari lalat ini mengambil masa lebih kurang 1 hingga 4 hari untuk menetas dan akan berada dicelah-celah atau dipermukaan sisa-sisa buangan makanan, bangkai atau sampah-sampah. Larva atau ulat ini boleh hidup beberapa minggu dalam suhu bilik . Terdapat belbagai saiz dari   1/8-3/4 inci (3 -19 mm). Manakala bagi yang dewasa saiz nya adalah  5/8 inci (16 mm). Jangka hayat bagi lalat dewasa adalah antara 5-8 hari sahaja.

Faedah Kepada Kehidupan


Tuhan telah mencipta sistem ekologi yang cukup lengkap dalam kehidupan kita, tapi disebabkan kerakusan tangan manusia yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan keuntungan maka banyak sistem ekologi kita telah terganggu dan dimusnahkan dengan sewenang-sewenang tanpa memikirkan kehidupan makhluk tuhan yang lain.


Lalat Askar Hitam atau Black Soldier Fly (BSF)  yang jarang-jarang  manusia  mengetahui atau mungkin kenal tapi tidak tahu akan keperluan kehidupan serangga ini kepada kehidupan kita. Larva atau ulat yang terhasil dari lalat ini amat bergunakan dalam menukarkan  bahan-bahan buangan kepada bahan yang berguna untuk makanan haiwan. Larva atau ulat itu sendiri boleh menjadi bahan makanan terus kepada haiwan peliharaan seperti ayam, itik, ikan, babi dan juga anjng.


Pengurusan Bahan-bahan buangan (Waste Management)


Serangga memainkan peranan penting dalam proses kitar semula pelbagai bentuk bahan-bahan buangan dan nutrien lain dalam alam sekitar. Serangga dari jenis Lalat Askar Hitam adalah salah satu keadah yang boleh digunakan dalam pengurusan sisa-sisa terbuang dimana penggunaan keadah ini jarang dipraktik dengan meluas. Kajian tambahan  secara terperinci adalah diperlukan dalam penggunaan lalat askar hitam sekiranya diusahakan secara komersial. Potensi penggunaan lalat askar hitam dalam pengurusan sisa-sisa buangan amat tinggi terutama dalam penghasilan makanan kepada haiwan peliharaan.


Larva atau ulat  yang terhasil dari lalat askar hitam ini mengandungi kandungan 42% protin, 35% lemak  (Sheppard et al.,1994) , dimana kandungan protin yang tinggi ini berpotensi menjadikan makanan haiwan yang bertenaga tinggi. Larva BSF tidak merbahaya kepada kehidupan manusia dan makanan serta  tidak membawa sebarang penyakit (Furman et al. 1959). Lalat dewasa tidak perlukan makanan, cukup dengan lemak yang tersimpan semasa peringkat larva.





Sisa Makanan & Elak Pembaziran

Sisa Makanan|
Antara sebab orang tua-tua dulu bela ayam dan itik adalah untuk memberi lebihan makanan atau sisa makanan kpd mereka supaya tidak berlaku pembaziran. Alhamdulillah, sepanjang membela ayam dan itik, sisa makanan memang biasanya habis. Tulang2 ayam pula kami bagi makan dekat kucing jalanan yg kami kutip dan letak di kebun sebagai jajan dan makanan extra selain drpd makanan asas mereka pellet dan sardin kucing.
Alhamdulillah, ada jiran yg selalu bagi lebihan makanan, bahkan ada rakan sekerja seperti ustazah mazlah yaacob kerap simpan sisa makanan utk ayam2 dan itik2 di kebun. Terima kasih, semoga sedikit usaha ini dapat elakkan pembaziran di kalangan kita. Ada yg tanya, tak jijik ke? Apa yg nak dijijikkan, quran kan sebut, jangan membazir, ini antara usaha yg dibuat ke arah itu dan bagi insan macam saya, dah biasa dgn membersihkan najis di kebun dan membaja pokok sawit dgn baja tahi ayam...hi hi hi...








Rumah Kebun, Reban, Utiliti Air dan Elektrik

Alhamdulillah, proses pembinaan dan persiapan utiliti seperti air dan elektrik telah hampir siap sepenuhnya. Memang untuk permulaan, kos awal untuk penyediaan prasarana sesebuah kebun memakan belanja yang agak besar kerana kebun kami terletak jauh daripada jalan utama. Saya membelajakan hampir rm 1800 untuk pendaftaran air dan kos menarik paip dari sumber utama. Manakala elektrik pula saya membelanjakan hampir RM 4000 utk kos yg melibatkan penanaman tujuh tiang dan upah kontraktor. Tapi alhamdulillah semua proses itu hampir selesai sepenuhnya.

Di sini saya senaraikan semua kos yg telah saya tanggung:

Rumah Kebun            RM 15000
Tail & Table Top        RM   1500
Elektrik dan Cat        RM    1500
Reban & alat              RM    4400
Letrik                            RM  4000
Air                                 RM  1800
Jumlah                         RM 28200

Bila dikira semula hampir mencecah RM 30000. Tapi apapun alhamdulillah, syukur atas rezeki yang Allah SWT kurniakan. Tiada apa yg mampu menggantikan kegembiraan ketika di kebun. Sangat menenangkan. Syukur kpd mu Ya Allah atas kurniaan nikmat yg tak terhingga.



Wednesday 22 June 2016

Gambar Angsa-angsa Kami Ketika Kecil

Kami membeli sepasang angsa pada 9 April 2016 untuk menjaga kebun kami seluas 2 ekar dan menjaga keselamatan anak-anak kami yang suka bermain di kawasan kebun. Prinsipnya mudah, jika ada binatang buas, angsa biasanya akan membuat bising dan jika ada haiwan berbisa seperti lipan dan kala jengking, angsa biasanya akan memakan atau terlebih dahulu mematuknya dengan izin Allah SWT. Mereka memang sangat jinak, sentiasa ikut kemana saja kami pergi sekitar kebun tersebut. Di sini saya sertakan gambar-gambar mereka semasa kecil, sangat comel, bewarna kekuningan. sesiapa yang ada  tanah atau halaman, boleh cuba membelanya, sangat mengujakan. Tapi kena pastikan jauh dari jiran, ki ki....mereka ni memang suka buat bising....Kami namakannya mereka berdua dengan nama Telipuk dan Kiambang. Jiran kami memanggil mereka dengan babu dan bobo.








Pengalaman Pertama Membela Angsa

Pengalaman pertama membela angsa sangat mengujakan. Anak-anak angsa yang kecil sangat jinak dan suka mengikut tuannya ke mana sahaja tuannya pergi. Seekor anak angsa boleh didapati dengan harga serendah RM 40 seekor bergantung kepada jenis. Saya mempunyai sepasang angsa bewarna putih yang berusia hampir 3 bulan. Sangat jinak. Telatahnya sangat menghiburkan dan tidak keterlaluan saya katakan bahawa mereka adalah pengawal peribadi kami sekeluarga apabila berada di kebun. Tapi awas, angsa hanya mengenali tuannya dan sesiapa yang selalu bermain dengannya, jika nak memilikinya pastikan anda ada masa untuknya.

Angsa pada asasnya sangat tahan dengan penyakit. Cuma kalau boleh jangan beli angsa yang umurnya bawah sebulan kerana anak-anak angsa ini alergik pada gigitan nyamuk terutamanya gigitan dimata. Ia akan menyebabkan bahagian mata mereka membengkak dan sukar untuk dirawati. Daripada aspek pemakanan, angsa yg saya bela dilatih sejak kecil memakan dedak ayam. So takde masalah, cuma kadang2 saya berikannya kangkong ataupun timun atau apa-apa sayuran kerana mereka sangat sukakan sayur. Boleh bagi kobis, bayam cekur manis dan lain2. Angsa juga sangat suka makan rumput. Memang habis rumput di kebun disudunya. kadang2 mereka makan nasi-nasi lebihan daripada hidangan atau juadah keluarga kami. So bela mereka mudah, apa saja diorang makan.



Azam Ramadhan & Salam Perkenalan

Azam Ramadan|
Ingin sangat ku menjadi seorang lelaki seperti yang digambarkan Allah SWT di dalam Quran. Semoga diterima azam ini. Terima kasih dr azizul azli atas perkongsiannya yang bermanfaat berkaitan ayat ini. Membacanya sangat menyejukkan hati. Firman Allah SWT:
رِجَالٌ لَا تُلْهِيهِمْ تِجَارَةٌ وَلَا بَيْعٌ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ ۙ يَخَافُونَ يَوْمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ الْقُلُوبُ وَالْأَبْصَارُ
Mereka lelaki lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) menunaikan zakat. Mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang.
(An-Nur:37)