Sunday 31 July 2016

Sukan, Exercise & Kebun

Hari ni saya nak cerita tentang aktiviti bersama keluarga di kebun. Saya amat meminati aktiviti bersukan terutamanya aktiviti berbasikal dan berenang. Namun saya terpaksa tinggalkan keluarga jika saya terlibat secara aktif dalam dua aktiviti ini. Aktiviti berkebun sangat sesuai dengan jiwa saya sebab boleh bersama mereka setiap hujung minggu. Jujur saya sebut dengan kesibukan saya, saya tidak sempat meluangkan masa untuk mereka pada hari bekerja, kalau adapun berkebun bersama setiap petang dari jam 5- 7 petang. Hari sabtu dan ahad memang kami sepenuhnya di kebun melakukan aktiviti memancing, menanam pokok, merawat haiwan di kebun, berbasikal dan membersihkan kebun.

Jujur juga saya sebut, memiliki kebun ini mengembalikan saya kepada kegembiraan saya yang dahulu. Syukur memiliki kebun seusia ini, terima kasih ya Allah atas anugerah yang tidak ternilai.










Thursday 28 July 2016

Penanaman Anak Sawit

Kebun kami mempunyai kawasan rendah yang berpaya. Memang pada asalnya pak saedon, tuan tanal asal cuba untuk menanam keladi tetapi gagal kerana pada musin kemarau, kawasan ini kering kontang yang menyebabkan keladi tidak tumbuh subur. Masa awal pembelian kebun ini, kawasan ini adalah kawasan semak dan dipenuhi dengan pokok dan rumput. Saya ambil masa untuk mengkaji dan melihat struktur tanah sebelum membuat keputusan untuk menanam pokok kelapa sawit. Diharapkan usaha-usaha saya membuahkan hasil, kerana berasaskan kepada pembacaan saya, pokok kelapa sawit ini mampu bertahan di kawasan yang lembap kerana sawit memang memerlukan banyak air untuk proses tumbesarannya.

Ini adalah percubaan saya, bereksperimen dengan tanah, semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kami berbudi pada tanah. Anak-anak sawit yang saya beli berumur setahun dengan harga RM 12 sepokok. Saya menghabiskan RM 264 untuk 22 anak pokok. Saya beli grinder untuk dijadikan sebagai pemotong zink adalah sebanyak rm 150. Keseluruhan upah ukur, tanda pancang dan tanam sawit adalah sebanyak RM 220, iaitu sepokok RM 10. Sahabat saya hanya meminta RM 7.50 sepokok untuk proses tanda, ukur dan tanam; namun atas pertimbangan dan sifat kemanusiaan biarlah di beri lebih, boleh bersedekah dan membantu antara satu sama lain. Saya berpegang pada prinsip, jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah SWT akan memudahkan urusan kita semua.

Doakan kesuburan pokok sawit kami, mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada pondok yang kami usahakan.









Perbezaan Antara Puyuh Jantan dan Puyuh Betina

Berdasarkan pengamatan dan pengalaman saya, perbezaan yang paling ketara dan senang untuk dicam adalah perbezaan warna pada kawasan dada burung puyuh. Burung puyuh jantan dadanya sedikit kekuningan manakala dada puyuh betina bewarna coklat dan berbintik bintik. Boleh rujuk gambar yang saya sertakan. Puyuh jantan boleh dibuat puyuh pedaging dan puyuh betina boleh di bela untuk mendapatkan telurnya.


rujukan:
http://www.ilmuternak.com/2015/02/perbedaan-burung-puyuh-jantan-dan-betina.html


Anak Puyuh

Beli anak puyuh kecil ni memang menguntungkan kerana harganya sekitar RM0.60 hingga RM 1 untuk seekor. Tapi peratusan untuk hidup mengikut pengalaman saya adalah sekitar 50% sahaja. So kalau nak beli belilah anak puyuh yang umurnya sekitar dua minggu ke atas, insya Allah lebih baik. Bagi yang dah terbeli anak puyuh yang kecil; beberapa perkara perlu disediakan antaranya mereka mesti mempunyai lampu 24 jam sehinggalah umur mereka 2 minggu. Ada penternak yang dah off lampu bila puyuh mencecah 1 minggu. Terpulang pada keadaan. Mereka juga seeloknya di bela dalam bekas yang tertutup bagi mengelakkan daripada gigitan nyamuk dan serangga. Biasanya saya bela dalam kotak yang dilapik dengan plastik sampah. Bekas air mereka juga perlu dimasukkan batu bagi mengelakkan mereka terjatuh dalam bekas tersebut. Makanan yang digunakan juga adalah dedak ayam yang kecil dan boleh diberi jagung halus untuk mempercepatkan tumbesaran mereka. Gunakan lampu yang kuasanya bawah 30 watt. Selepas dua minggu jika nak pasang lagi hanya pasang pelita ayam untuk mereka.

Semoga semuanya survive dan menjadi sumber makanan kepada keluarga kami dan sumber sedekah untuk pencen kubur kami nanti.

Doakan saya:

lebai tani



Tuesday 26 July 2016

Doa-Doa Keperluan Kebun dan Pergantungan Harapan Dengan Allah

Assalamualaikum W.B.T

Hari ni saya nak kongsi amalan orang tua-tua tentang beberapa doa yang boleh diamalkan bagi kita yang kebun. Mujarab atau tidak bergantung kepada dekatnya diri kita kepada Allah SWT. Banyakkanlah doa, semoga kita termasuk dalam hamba-hambanya yang soleh. Perkongsian ini bukanlah bersandarkan amalan rasulullah, tapi ia berdasarkan pengalaman-pengalaman orang2 tua dahulu. Doa-doa yang di attachkan ada daripada al-quran dan ada juga daripada petikan hadis dan ada hanyalah amalan orang2 dahulu yang pada pengamatan saya tidak menyalahi akidah. Hidup ini adalah muamalat, perkara muamalat lazimnya bersandarkan amalan dan petua orang-orang dulu. Sesiapa nak beramal silakan, tapi ia lebih baik daripada 'memaki' binatang yang rosakkan kebun kita. Bergantung haraplah kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan doa kepada Nya.
Pandangan depan kebun kami seluas 2 ekar

Doa daripada Tuan Guru Haji Hadi Untuk Tanam Pokok

Doa Daripada Tuan Guru Haji Salleh Musa Untuk Tanam Pokok

Hadis Sahih Ketika Beli Binatang, Saya gunakan doa ini untuk penyembuhan bagi sakit binatang

Nak Elak daripada Kejahatan Monyet, Beruk, Ular, Kerbau  dan Babi

Tuesday 19 July 2016

Petua atau Amalan Mencari Barang Yang Hilang

Kali ini saya update petua atau amalan yang dikongsi oleh ayahanda saya berkaitan petua mencari barang yang hilang. Kebetulan beberapa hari yang lalu, 12 ekor itik saya dicuri oleh manusia yang hilang pertimbangan akal dan iman. Alhamdulillah, setelah mengamalkan petua ini, manusia tersebut telah memulangkan itik tersebut dengan izin Allah SWT. Ayat surah al-Baqarah ayat 148 ini dibacakan sebanyak 17 kali setiap kali baca. Baca sebaik sahaja kita sedari ada sesuatu barang yang hilang. Tapi ingin saya tegaskan, ini adalah amalan orang tua-tua dahulu, tiada sandaran hadis, jika nak beramal silakan, jika tak mahu tinggalkan sahaja. Saya percaya setiap ayat al-quran yang kita baca adalah berbentuk doa dan permintaan kepada Allah SWT. Doalah dengan ikhlas, nescaya Allah SWT kabulkan permintaan kita. Saya suka pertanian dan penternakan, kerana bertani dan berternak ini hati sangat bergantung pada Allah SWT.

Bersama itik yang telah dipulangkan

Bersama cicak kesayangan


Makan Hasil Ternakan Sendiri

Alhamdulillah dapat makan hasil daripada usaha sendiri. Sembelih tiga ekor ayam kampung yang saya pelihara dan isteri sahabat saya, yuslizah memasak rendang ayam kampung untuk dijadikan sajian makan malam kepada tiga keluarga iaitu keluarga saya, dan dua sahabat saya iaitu ustaz zahirwan dan ustaz paiz. Alhamdulillah memang sedap. Indahnya membela ayam sendiri ni bila kita dapat bersedekah hasilnya kepada orang lain. Paling gembira bila dapat memberi makan orang lain dengan hasil usaha sendiri. Bahagia sangat. Bagi anak muda yang meminati dunia penternakan dan pertanian, cubalah, nanti kalian akan merasakan nikmat memberi...sungguh....

Hidup untuk memberi....










Haiwan Peliharaan dan Pembaziran

Update kali ini ingin berbicara berkaitan dengan binatang dan pembaziran sisa makanan. Alhamdulillah, saya ada memelihara beberapa binatang yang pada saya dapat membantu mengurangkan pembaziran. Antaranya adalah anjing kebun. Alhamdulillah rupanya anjing ini antara makanan kegemarannya adalah tulang. Alhamdulillah keluarga kami akan menyimpan tulang lebihan makanan untuk diberikan kepada seekor anjing kebun kami. Kehadirannya sangat mengujakan. Anak-anak saya seperti farah amani dan anis yusrina sanggup untuk mengumpul tulang-tulang daripada makanan mereka dan rakan mereka di sekolah untuk dibawa balik ke kebun untuk diberi makan kepada chiwawa, anjing jalanan yang kami kutip untuk menjaga kebun kami. 

Selain daripada itu, alangkah baiknya jika spesies burung seperti pulin, bayan dan serindit tidak diharamkan oleh perhilitan. Ini kerana burung ini biasanya makan buah sawit dan boleh digunakan untuk elakkan daripada buah sawit yang gugur tidak dimanfaatkan. Saya juga memanfaat rumput dan rumpai yang tumbuh disekitar kebun saya untuk makanan sampingan kepada arnab, arkus, itik, ayam, puyuh dan kura-kura. Yang paling menakjubkan mereka akan makan rumput-rumpai yang saya beri termasuk daun sawit yang telah dipotong. Subhanallah sangat terasa nikmatnya hidup tanpa pembaziran makanan dan sumber.

Kucing-kucing jalanan juga diajar untuk memakan tulang, sisa ayam proses dan tulang-tulang sisa makanan serta sisa sisa makanan lebihan daripada rumah-rumah jiran saya, pada masa depan kami akan sediakan tong khusus untuk memudahkan jiran memasukkan sisa makanan ke dalamnya bagi tujuan pemberian makanan kepada binatang-binatang ternak kami di kebun.

Semoga kita semua elakkan pembaziran.
Chiwawa Si Anjing Kebun

Gambar Hiasan: Burung Mata Putih, jika bukan haiwan terlarang boleh makan ulat sawit

Burung terkukur, makan buah sawit


Gambar Hiasan: Jika bukan haiwan larangan, boleh makan sawit masak yang terlerai daripada tandan

Selfie Chiwawa

Tengah makan tulang ayam kampung

Tengah makan tulang kegemaran

Tuesday 12 July 2016

Kebun dan Keluarga

Alhamdulillah, kebun kami menjadi pusat aktiviti keluarga kami, mendekatkan diri dengan anak-anak di samping melatih anak-anak dengan kehidupan kampung yang jauh daripada hiruk pikuk kota dan kecanggihan teknologi. Biarjkan mereka bermain api, tanah dan hidup dikelilingi alam dan binatang peliharaan, mudah-mudah terdidik di hati mereka sifat cintakan alam sekitar dan kasihkan binatang ciptaan Allah SWT. Mengajar mereka sedekah bukanlah khusus kepada manusia, memberi makan binatang juga satu bentuk sedekah, monyet yang curi telur ayam dan buah-buahan juga adalah sedekah, babi hutan yang menyondol dan memakan akar anak-anak pokok yang kami tanam juga satu bentuk sedekah, pada mulanya banyak anak ayam dan itik saya hilang di makan musang dan ular sawa juga adalah salah satu bentuk sedekah. Bila kita redha dan sentiasa bersyukur, Allah SWT akan tambahkan nikmat dan sakinah dalam hidup kita.

Aktiviti kali ini adalah membuat kerusi daripada kayu terpakai, isteri saya zalina mat zin dan anak-anak yang buat, saya cuma tukang gergaji kayu dan papan untuk mereka. Seronok tengok mereka berusaha untuk siapkan bangku tersebut. Memang berada di kebun adalah sangat menenagkan. Syukur Ya Allah atas nikmat yang telah dikurniakan kepada saya seawal umur saya 35 tahun. Syukur Ya Allah.










Monday 11 July 2016

Baja Tahi Ayam

Baja pertama yang saya letak untuk sawit adalah baja tahi ayam, memang nampak perubahan pada pokok di mana daun pokok makin bertukar hijau dan hasil meningkat sekali ganda selepas di baja. Kos bagi baja tahi ayam ini ialah RM3 bagi seguni. Baja diletakkan di dalam guni dan ditebuk menggunakan pisau. Baja ini boleh tahan selama 6 bulan. Minggu ni mengisi ruang hujung minggu dengan tidur di kebun dan membaja sawit seawal jam 7 pagi. Seronok juga kerja sawit ni, dapat exercise sekaligus dapat mengekalkan kecergasan diri. Apa yang saya rasa adalah dengan mempunyai kebun, kita dapat mengisi ruang terluang dengan aktivitu berfaedah dan dapat membuang sifat malas. Seorang petani dan penternak seperti saya memang tidak boleh malas bekerja, jika tidak binatang ternakan akan tidak terurus dan kebun akan dipenuhi semak samun. Memang aktiviti penuh dengan membersihkan kebun, memotong daun sawit, membaja, membersihkan reban, merawati binatang, membaikpulih kandang dan lain-lain. Yang paling best, bila datang kebun confirm baju memang basuh dengan peluh.

Anak muda jika ada duit, belilah kebun, kalian akan merasai nikmatnya berbudi pada tanah.....