Tuesday 19 December 2017

Penghargaan Buat Sahabat Sekebun

Ada beberapa sahabat saya yg punyai minat yg sama, berkebun dan berternak. Mereka inilah yg saban hari membantu saya sama ada daripada sudut tenaga mahupun kewangan. Mereka memang lembut sifatnya dan jenis yg tidak berkira. Pagi ni saya coretkan penghargaan buat mereka.

PM Razak, seorang yg berwawasan; memang antara rakan strategik dan banyak membantu daripada segi kewangan dan buah fikiran. Memang kehadirannya byk merubah lanskap zawiya dan mempercepatkan perkembangan zawiya. Yang best tentang PM Razak ni sporting, boleh cari rumput sesama dan kadang2 beliau cari rumput sendiri. Sama-sama tanam napier di tanah satu ekar yg kami sewa bersama. Banyak jasa beliau, tak terungkap. Hari ni akan sampai benih napier, memang minggu ni jenuh tanam napier utk satu ekar tanah:).



Sharil Abam bomba; antara rakan dan sahabat saya terawal terlibat dalam pembangunan zawiya. Orang pertama yg bersama-sama uruskan sawit dan pembelian lembu-lembu saya. Saya banyak belajar daripadanya tentang sawit, penjagaan lembu dan bagaimana membina kandang dan reban ternakan. Sibuk manapun dia, ada masalah, call mesti datang. Hubungan seperti adik beradik saya dgn dia. Tak pernah merungut walaupun sawit saya kurang baja, habis tangannya melecet. Langsung tak berkira wang dan tenaga. Sama2 cr kayu dlm hutan, ditegur halimunan.🙂. Dulu ada seorang sahabat lg, syafiq, tapi dah menyertai polis, insya Allah mungkin satu hari nanti beliau bersama kami semula, baik dan sporting orangnya.


Huzaifah; partner strategik juga, rajin melayan binatang2 yg ada di kebun. Bela ayam, arnab, puyuh, ayam belanda yg ada di kebun. Memang sekarang zawiya penuh dgn haiwan; jika datang memang unggas2 ni akan sekaki dengan kita; memang happening zawiya ketika ini. Rajin juga seperti pm razak; selalu bawa balik rumput dan makanan utk lembu-lembu kami; insya Allah akan ada bebiri beliau di zawiya sedikit masa nanti.


Abg wan; pembantu kebun saya, kehadiran beliau banyak melegakan kami, gaji yang kami bayar bukannya tinggi buat beliau. Tapi alhamdulillah, beliau antara pembantu yg setia. Memang sangat berkemahiran dalam penanaman sayur dan jagung. Saya tengah carikan tanah buatnya untuk diusahakan penanaman jagung. Kalau ada tanah yang berdekatan saya nak sewakan buat abg wan. Tak terungkap juga kebaikan dan huluran bantuan darinya buat zawiya. Akan bercuti sebulan bermula 7 Januari 2018. Pasti ketiadaanya akan dirasai.

Ajid, anak murid cinta hati saya; berpengalaman luas tentang penjagaan lembu,kerbau dan kambing kerana ayahnya punyai beratus ternakan. Senang minta tolong; suntikan vaksin, tembak pelali, buru lembu, tangkap lembu yg terlepas semua dia boleh buat. Tuhan pertemukan kami dgn insan yg mampu berdepan dgn karenah2 lembu bila banyak. 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ (أخيه) الْمُؤْمِنِ
Seorang mukmin cerminan dari saudaranya yang mukmin.
(HR al-Bukhâri (al-Adabul -Mufrad no. 239) dan Abu Dâwud no. 4918 (ash-Shahîhah no. 926)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
Seseorang itu tergantung pada agama temannya. Oleh karena itu, salah satu di antara kalian hendaknya memperhatikan siapa yang dia jadikan teman.
(HR al-Bukhâri no. 3336 dan Muslim no. 6708)

Al-Ahnaf bin Qais rahimahullah berkata, “Kami dulu selalu mengikuti Qais bin ‘Ashim. Melalui dirinya, kami belajar kesabaran dan kemurahan hati sebagaimana kami belajar ilmu fiqh.”
(Al-‘Afwu wa al-A’dzâr, Ibni ar-Raqqâm. Nukilan dari Sû’ul Khuluq, Muhammad Ibrâhîm al-Hamd hlm. 134)
Semoga persahabatan dan ukhuwwah kami tersimpul rapi pada minat yg sama iaitu berkebun dan berternak. Saya bertuah mempunyai sahabat2 yg baik. Syukur atas anugerahnya.

Rawatan Fibroid dan Unsur-unsur Alami

Saya sering dirujuk berkaitan masalah fibroid yang dialami oleh wanita. Ada beberapa ikhtiar menggunakan bahan alami yang saya gunakan ketika merawat. Antaranya ialah raja kayu, kumbui/kumbu/kumbul/topang kelapa dan air.

Bahan Pertama:

Raja kayu adalah sejenis tumbuhan liar yang batangnya bewarna seakan oren. Boleh didapati dan dijual di sekitar cameron highland dan rnr sg perak oleh masyarakat asli. Raja kayu diasah menggunakan belakang pasu, diambil habuknya, bancuh dengan air yang telah didoakan dengan doa ini:
اللهم يا مصغر الكبير يا مكبر الصغير صغر ما بي ياارحم الراحمين

Selepas di doakan, bancuhan tersebut dilumurkan di bahagian bawah perut pesakit dan di bahagian belakang pesakit iaitu sekitar pinggang ke bawah. 

Bahan Kedua:

Kumbui/kumbul/kumbu/topang/tumbuh kelapa ialah bahagian dalam kelapa tumbuh yang dimakan oleh pesakit setelah diruqyah. Biasanya orag dahulu cari kelapa yang tumbuhnya sejengkal. Dimakan kumbui selama 7 hari berturut2. Ini bermaksud, rawatan ini perlukan 7 biji kelapa tumbuh. Kelapa ini dibelah dan diruqyah dan diambil kumbuinya.
Kumbui Kelapa
(Warna kuning)

Kumbui Kelapa

Bahan Ketiga:

Air, diruqyah dengan:

3 Kali Istiqfar
1 Kali al-Fatihah
1 Kali Ayat kursi
3 Kali doa:
اللهم يا مصغر الكبير يا مكبر الصغير صغر ما بي ياارحم الراحمين

Bahan Ketiga:

Doa ketika makan dan minum air. Bacakan juga doa ini sambil minta penyembuhan daripada Allah SWT pada makanan dan minuman yang masuk dalam badan kita. Semoga setiap makanan yang kita makan menjadi penawar kepada setiap kesakitan kita. Boleh baca juga doa ini:

اللهم يا مصغر الكبير يا مكبر الصغير صغر ما بي ياارحم الراحمين

Semua yang saya petuakan ini adalah untuk rawatan diri sendiri, maksudnya pesakit sendiri yang membacanya setiap kali ingin melakukan rawatan. Air, raja kayu dan kumbui juga boleh kita minta kepada orang-orang alim tolong doakan juga. Boleh juga minta ibu bapa yang melahir dan membesarkan kita berdoa.

Selamat mencuba, ikhtiar orang dulu-dulu tiada pembuktian saintifik dan sandaran hadis. Semoga bermanfaat.

Sunday 17 December 2017

Bengal Domestik

Dahulu saya punyai kucing bengal yang sangat cantik, namanya belang. Bela hampir dua tahun dan hilang. Apa khabar kamu belang sekarang?, rindu...

Gambar dia masa 3 bulan.




Pokok Daun Lebar

Pokok Daun Lebar|
Daun pokok ni dulu arwah mak bg makan kambing2nya. Saya xsedar yg daun ni mmg kambing dan lembu makan kecuali setelah saya lihat uncle benggali saban hari mengutip daun ini di tepi2 jalan.
Petang tadi lepas tanam napier bersama huzaifah sekitar 1/2 ekar, saya baru teringat yg arwah mak saya juga pernah bg daun ni. Saya tebang pokok2 ni dan bawa balik kandang. Mak oiiii....kena serbu dgn lembu2. Siap berebut2 dan tanduk belakang saya minta daun tersebut. Tengokla....hilang penat saya.
Di kebun, parang memang tersarung di pinggang; bahaya...





Wednesday 13 December 2017

Aku, Abg Wan dan Lembu


Insya Allah abg wan akan balik ke indonesia menziarahi isterinya pada 7 Januari 2018; nampak gembira dan ceria di raut mukanya. Saya beri cuti sebulan untuk abg wan berada di Surabaya, Indonesia. Alhamdulillah kali ini dia balik dgn wang hasil jualan lembunya.

Beri cuti kepadanya bererti meletakkan segala tanggungjawab pengurusan ternakan kepada bahu saya. Sayalah meneja, saya juga pekerja am di zawiya. Seorang sahabat baik saya menasihati:
‘Ustaz, jgn terlalu bergantung pada orang, buat semua sendiri, ustaz mampu buat..’

Insya Allah, saya memang ‘orang kampung’, tahu dan mahir selok belok ternakan; terbiasa lasak dan sememangnya tahan lasak. Jika saya insan yg ‘lembik’ saya dah tak mampu untuk susun jadual harian saya yg cukup ‘padat’. Bahagi masa antara kerja, keluarga dan khidmat sosial.

Saya doakan semoga saya dikurniai kesihatan yang baik dan kemampuan menyusun masa dgn baik. Bukan senang menguruskan 11 ekor lembu, 13 ekor kambing dan hampir seratus unggas di zawiya. Saya yakin, jika saya mudahkan perjalanan hidup abg wan, Allah mudahkan perjalanan hidup saya. Insya Allah. Syukur saya juga punyai rakan-rakan yg cukup baik dan sedia membantu saya. Alhamdulillah.

utk ‘kurus’ dan ‘tegap’ seperti tahun lalu bila abg wan balik ke indonesia. Tapi masa tu saya belum bertugas sebagai imam masjid; tapi kali ni lagi mencabar.

Ya saya pegang pada prinsip:
‘Masalah adalah utk dihadapi, bukan untuk ditangisi...’


Lalang, Makanan Lembu dan Peribahasa

Alhamdulillah, lembu dan kambing kami makan lalang. Nama saintifik lalang ialah Imperata Cylindrica. Memang kalau kutip petang-petang memang mereka makan macam KFC. Saya biasanya akan campur dengan 1 kilo dedak penggemuk lembu sebagai makanan tambahan. Adakalanya saya campur dengan air garam. Saya renjiskan sedikit di atas lalang-lalang yang telah saya potong. Alhamdulillah mereka memang berselera untuk makan.

Kata orang-orang tua, lalang ni besar manfaatnya, tapi saya tidak pernah cuba. Ada yang sebut air rebusan daripada akar lalng dapat meredakan asma. Wallahua'lam, unsur alami yang masih belum dikaji.

Ada dua peribahasa melayu;

 "ikutlah resmi padi,makin berisi makin ia tunduk kebumi.jangan ikut resmi lalang,makin tumbuh, makin menjulang"

'Jangan seperti lalang ditiup angin'
                                                                                

Dalam kehidupan seharian, Dua peribahasa ini cukup sesuai menggambarkan dua sifat manusia:

Pertama: 

Jangan sombong bila memiliki apa yang tidak dimiliki oleh orang lain seperti ilmu, kekayaan, kecantikan, rupa paras dan kemahiran. Itu semua adalah kurniaan Allah SWT buat kita. Kita diibaratkan seperti lalang yang makin tinggi, makin menjulang ke langit.

Kedua:

Jangan kita ini seperti orang yang tiada pendirian. Seumpama lalang yang mudah melenggok ke kanan dan ke kiri apabila ditiup angin.Ia ibarat juga si munafik yang bertalam dua muka. Juga seperti parasit dalam organisasi yang kerjanya hanyalah 'mengipas'.

Selamat mengambil iktibar







Tuesday 12 December 2017

Doa Sukar Tidur Malam

Doa ini digunakan oleh saya bagi rawatan sukar tidur malam. Doa ini juga kadang-kadang saya guna untuk merawat bayi yang menangis malam. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, diberikan penyembuhan oleh Allah SWT. Bagi rawatan sukar tidur malam, rangkaian doa di bawah dibacakan di air, lalu di beri minum pesakit dan digunakan untuk membasuh muka pesakit. Bagi rawatan bayi menangis, saya bacakan dan tiup di seluruh tubuh bayi tersebut dan minta ibunya mencampurkan sedikit air yang telah diruqyah dan dimandikan bayi tersebut. Rangkaian doa-doa tersebut seperti di bawah:

Doa Pertama:


اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي

Maksudnya : “Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .”


Takhrij hadis:

الراوي:زيد بن ثابت المحدث:ابن حجر العسقلاني المصدر:الفتوحات الربانية الجزء أو الصفحة:3/177 حكم المحدث:غريب


Doa Kedua:

بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Maksudnya : “Dengan nama Allah aku mendinding kamu daripada setiap sesuatu yang menyakiti kamu yang datang daripada setiap kejahatan jiwa atau mata orang yang hasad (dengki), semoga Allah menyembuhkan kamu dengan nama Allah aku mendinding kamu.”   

Takhrij hadis:

الراوي:أبو سعيد الخدري المحدث:الألباني المصدر:صحيح ابن ماجه الجزء أو الصفحة:2856 حكم المحدث:صحيح


Ok, selamat beramal!!!


Monday 11 December 2017

Ikhtiar Quran dan Alami Bagi Menghentikan Bayi Menangis Malam

Saya kerap dirujuk bekaitan dengan bagaimana ingin berdoa, memohon kepada Allah SWT bagi mengelakkan daripada bayi menangis malam. Arwah ayah saya pernah beri petua orang-orang dahulu sebagai ikhtiar kepada penyakit bayi menangis malam. Saya juga pernah belajar dengan Tuan Guru Dato Dr Haron Din di Darussyifa’; tapi untuk kali ini saya ingin menulis petua yang diberi oleh arwah ayah saya terlebih dahulu. Di lain ketika saya share pula, petua-petua lain. Arwah ayah saya, Hj. Salleh bin Lebai Ngah menggunakan kunyit dan dibacakan pada kunyit dan ayat no 18 dan no 171 daripada surah al-Baqarah. Ayat-ayatnya seperti di bawah. pada bayi, pada bayi di baca ayat dan ditiup dimuka dan di badan bayi. Ayat-ayat ruqyah seperti:
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَرْجِعُونَ

Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar) 
(al-Baqarah:18)
صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لَا يَعْقِلُونَ
...................Mereka tuli, bisu dan buta, maka (oleh sebab itu) mereka tidak mengerti.
(al-Baqarah:171)
Saya ada Tanya arwah ayah, kenapa guna kunyit? Tiadakah unsur ‘tangkal’ yang menjadi khilaf di kalangan para fuqaha’. Arwah ayah saya menjawab:
‘kunyit itu di kikis sedikit bagi menimbulkan aroma dan diletakkan di bawah bantal bayi atau disebelahnya, orang dulu-dulu guna aroma kunyit bagi rawatan khusus untuk penyakit tidak boleh tidur malam, kunyit tu bukan tangkal, boleh dilangkah, boleh di tanam, kalau hidup boleh ambil buat ulam….’

Alhamdulillah, banyak juga pesakit yang sembuh dengan izin daripada Allah SWT. Ayat ini juga biasanya saya guna untuk sebagai ikhtiar bagi orang dewasa yang tidak boleh tidur malam atas sakit fizikal.

Selamat beramal. Bagi yang nak ambil silakan, tiada sandaran sunnah, hanyalah amalan orang tua-tua dulu.

Sunday 10 December 2017

Hukum Buat Bubur Asyura

Bubur Asyura|

Saya suka amalan bersedekah dan kebersamaan orang melayu membuat dan mengedarkan bubur asyura. Rasanya pun setahun sekali. Memang sedap; ada beza antara bubur asyura kedah dan kelantan. Tapi dua-dua sedap. Orang dahulu kaya dengan amalan sedekah. Orang tanya saya, bolehka buat bubur asyura; saya jawab:

'Ada masalah ke buat bubur asyura? Buburnya sedap dan unik, ditambah bahannya juga semuanya halal; saya mmg makan bubur asyura, dijamin halal dan bersih...'

Saya berlalu pergi sambil senyum2 ja.
Mai kita cari titik temu dan tak bergaduh ttg hukum bubur asyura. Titik temunya di sini; kalau ada orang sedekah bubur asyura kat rumah kita, kita makan tak? Kalau makan sama cam saya!

Terima kasih mak teh kami sedekahkan bubur asyura. Sedap. Jom makan...

Tok sah gaduh2 lagi, sedap sora ni..kih kih kih...

Nak marah, marah le, saya nak makan sora nih...ermmm...

Bubur Asyura Kedah

Jangan Pandang Hina Manusia


Saya Bukan Macam Tu...

Ada seorang asnaf yang saya bantu di zawiya haji salleh, daripada fakir, alhamdulillah dapat sedikit selesa dalam hidup. Tapi masih dibantu kami. Hari ini telefon saya siap bercerita:

"Ustaz, KTM nak ambik tanah saya dengan nilaian RM 1 juta. Alhamdulillah ustaz, saya syukur. Ustaz, dapat je duit tu saya nak hadiahkan ustaz dengan sebiji alphard, kesian tengok ustaz balik kampung guna avanza, pi kerja pula guna kereta proton saga lama....saya betul2 nak bagi hadiah ni ustaz, ustaz dah banyak bantu saya..."

Terpacul di mulut saya:

"saya bukan macam tu, maaf saya tak boleh terima hadiah tu, abg w simpan duit tu, nanti saya ajar macam mana nak menyimpan, abg w tak ada pencen dan tak ada sesiapa, simpan dalam ASB atau Tabung Haji, simpan setahun dan guna 'keuntungan' sahaja, 'pokok' duit tu simpan untuk masa depan. Jangan lupa pula buat haji, nanti saya daftarkan.."

Ketika saya bercakap dalam telefon dengannya, lalu seorang ustazah teman sejabatan saya. Habis bercakap, dia tanya saya apa yang dibualkan sehingga menyebut alphard. Siap tanya saya sama ada saya nak beli alphard ke. Saya ceritakan detail berkaitan asnaf tadi, sambil melopong matanya dia berkata:

"Dia tawarkan alphard pada salah tempat, kalau orang lain dah ambil dah ustaz..."

Saya katakan pada ustazah tersebut, kalau saya nak, saya akan beli sendiri, tapi start saya pakai alphard; tiada lagi sumbangan yang banyak yang saya boleh beri pada orang lain...

Ini adalah pilihan dan prinsip hidup saya, saya tidak kisah kalau rakan-rakan nak berkereta besar, itu juga nikmat. Hidup adalah pilihan, nak pakai, pakai aje bukan berdosa nak beli kereta baru dan besar. Dan tak salah juga pakai kereta buruk macam saya. Nikmat dan rezeki di dunia ni Allah suruh manfaatkan.

Apapun, saya suka dengan harley davidson dalam gambar di bawah! rare....

Bantulah orang-orang susah, jangan pandang hina mereka, mana tahu, kelak mereka lebih kaya daripada kita.

Tuah ayam nampak di kaki
Tuah manusia siapa yang tahu

P/S: Ni gambo lama, jangan kata saya kat kebun lak, ni kat UiTM ni, dok buat LR.....hi hi hi....

Doa Henti Darah, Surut Banjir & Alih Hujan (edisi kedua)

Ikhtiar|

Firman Allah SWT:
وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءكِ وَيَا سَمَاء أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاء وَقُضِيَ الأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ وَقِيلَ بُعْداً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Ertinya : “Dan difirmankan: “Hai bumi telanlah airmu, dan Hai langit (hujan) berhentilah,” dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: “Binasalah orang-orang yang zalim .” (QS. Huud : 44)

Beberapa kali saya gunakan ayat al-quran ini yg diberi oleh arwah ayah saya untuk beberapa situasi:
1. Penahan darah: dahulu masa saya mengajar di sekolah rendah, jika ada pelajar luka yg membuak darahnya, biasanya saya antara guru yg dirujuk, menguruskan bantuan awal; alhamdulillah nampak berkesan. Baru-baru ni arif berkhatan; memang darah tidak berhenti semasa petangnya sehingga menimbulkan panik cinta hati saya. Alhamdulillah, setelah membacanya sambil memohon bantuan daripada Allah SWT, darah arif yg banyak, berhenti dgn izinNya. Alhamdulillah.
2. Menahan bendalir ketika uruskan jenazah. Jika berlaku pada satu situasi di luar jangka. Ayat ini juga saya bacakan ketika saya lihat darah tidak berhenti atau keluar apa2 bendalir daripada qubul, dubur dan rongga jenazah tanpa henti. Juga baca sambil hati kita bergantung pada Allah SWT. Minta bantuanNya. Alhamdulillah dgn izinNya menjadi.
3.Doa surutkan banjir dan doa alih hujan. Juga pernah berlaku beberapa kali, terutamanya dalam situasi banjir besar dan bantuan banjir; juga dibacakan ayat ini sambil meminta langsung daripada Allah SWT. Pernah satu ketika, seorang sahabat saya menegah daripada menggunakan khidmat ‘bomoh hujan’ meminta jasa baik supaya dibacakan ayat al-quran dan hadis2 berkaitan, kami bacakan ayat ini juga, syukur walaupun mendung tapi tidak hujan dengan izinnya. Majlis besar itu dgn kehadiran orang besar negara pada waktu itu dapat berjalan dgn baik.

Bacaannya yg baik adalah keseluruhan ayat tersebut tapi kalau tidak ingat, cukuplah sekadar membaca:
يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءكِ وَيَا سَمَاء أَقْلِعِي
Ini adalah petua orang lama, tiada sandaran hadis amalan nabi saw; ia sekadar dan sebagai ikhtiar; boleh berdoa dengan cara yg lain. Tiada masalah jika nak gunakan ayat quran atau bentuk doa yg lain. Sekadar berkongsi dan menyampaikan apa yg menjadi amalan dan kebiasaan saya. Saya mmg tak minat nak berdebat tentangnya.

Moga ada sedikit pahala sampai pada arwah ayah dan mak saya.


Sedekah Secara Terangan

Telur Itik dan Ayam Kampung|

Syukur rezeki melimpah ruah buat kami. Boleh beri hadiah dan sedekah buat rakan dan jiran yg dekat. Ada yg tanya saya: 

'Ustaz, bolehkah kita sedekah atau hadiah tapi kita buat majlis dan buat replika cek? Nampak mcm tak ikhlas je, macam riya' pun ada...'

Saya katakan pada si penanya, ikhlas dan riya' itu amalan hati, Allah sahaja sebaik2 penilai, kita manusia menghukum yg zahir sahaja. Quran mengharuskan perbuatan 'infaq' secara sembunyi dan terang-terangan. Infaq ini ulama tafsirkan pelbagai termasuklah zakat, sedekah, hadiah, hibah dan lain2.

Firman Allah SWT:

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنْفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَنْ تَبُورَ

Yg mafhumnya:

Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi.

(Surah Fathir:29)

So, marilah kita pandang sesuatu dari sisi pandang positif, elak pandang dr sisi negatif.




Tuesday 11 April 2017

Ramai Kawan


Ada sahabat yang bertanya; macam mana nak punyai ramai kawan yang baik. Apa formulanya? Mengikut katanya, dia sering dipinggirkan dan tiada kawan. Jika orang bercakap, memang memandang kepada buruknya, sering di remove daripada whatsapps  group dan sering dilabel keras kepala. Sebelum menjawab; saya mengingatkan beliau supaya muhasabah diri, sifat dan sikap; jika ramai yang tidak selesa dengannya, pasti ada yang tidak kena dengan dirinya. Kita selalu tunjukkan kesalahan orang lain dengan satu jari telunjuk kita, namun kita gagal sedari ada lagi empat jari menunding ke arah kita.


Tiada satu formula yang boleh dijadikan kayu ukur, cuma kalau saya biasanya akan memastikan diri kita sentiasa 'rendah' daripada orang lain. Contoh dalam urusan kerja dan kebun; biasanya saya bertanya dan raikan pendapat rakan-rakan yang lain walaupun pada hakikatnya saya juga punyai pengalaman yg kadang2 sedikit 'lebih' daripada mereka.


Dalam urusan kebun umpamanya, saya adalah 'anak padi' dan selalu ke sawah bersama arwah ayah dan mak saya dan saya juga selalu di bawa oleh arwah ayah dan mak ke dusun sejak dari kecil lagi. Pendek kata, saya orang kampung; kalau kerja-kerja kampung dan berpanas, langsung tak ada masalah buat saya. Kalau jenis baja pokok dan tanaman juga saya tiada masalah. Kalau dalam soal ikan dan binatang ternak, saya juga bela pelbagai jenis binatang sejak dari kecil lagi.


Ada banyak benda di kebun kadang2 saya tahu akibat 'negatif' jika dilakukan, tapi memandangkan pembantu saya nak juga mencuba, biasanya saya cuma biarkan mereka mencuba sambil tersenyum. Saya pernah 'kematian' 20 ekor ayam belanda akibat pembantu kebun saya tidak meng'endah'kan nasihat saya berkaitan cara yang betul membela ayam belanda. Akhirnya beliau mengakui kebenaran kata2 saya. Itu salah satu contoh. Tiada niat memburukkan sesiapa.


Mulai daripada saat itu, sebelum buat sesuatu beliau akan rujuk kepada saya terlebih dahulu. Respek dan hormat akan datang setelah mereka melalui sendiri pengalaman tersebut. Saya senyum dan tanpa ada sedikit perasaan marah walaupun saya kerugian hampir RM 300. Hari ini beliau antara pembantu saya yang sangat setia. Sifat 'merendah' kita tiada ruginya, rakan-rakan akan merasa diri dihargai dan sangat senang dengan kita. Biarlah kita selalu kelihatan 'bodoh' daripada orang lain, pada hakikatnya kita adalah cerdik. Cerdik dan pandai berkawan.


Raikan rakan-rakan kita, hormati mereka. Firman Allah SWT:


Allah Ta’ala berfirman,


وَلاَ تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلاَ تَمْشِ فِي اللأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَجُوْرٍ {18}


“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman:18)


Sekadar berkongsi pengalaman, kadang-kadang jelek bila lihat orang bergaduh kerana perkara kecil seperti hal anak2, hal isteri, hal parking kereta, hal khilafiyyah, hal sapa bertugas dan lain2....aduh...jgn bergaduh dengan sebab hal kecil, nanti hidup tak tenang.


Merendahlah diri...pasti kita disukai dan dirindui teman.....


Selamat beramal...