Thursday 22 September 2016

Doa Alih Hujan, Berlindung Daripada Ribut dan Kabus Tebal

Doa Alih Hujan

Semoga diperkenan Allah SWT.

اللهم صيبا نافعا
اللهم حوالينا ولا علينا
والليل اذا عسعس والصبح اذا تنفس
الله اكبر الله اكبر الله اكبر


maksud doa:

Ya Allah, turunkanlah hujan yang memberi manfaat (daripada hadis)
Ya Allah, turunkanlah di sekeliling kami, bukan di atas kami (daripada hadis)
Demi malam yang hampir meninggalkan gelapnya, dan demi waktu subuh yang menerima fajarnya (Surah al-takwir ayat 17-18)
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar & Allah Maha Besar

Ada beberapa event besar, kami menggunakan ayat ini memohon bantuan daripada Allah SWT. Alhamdulillah diperkenankan oleh Allah SWT. Ada seorang ustazah yang dengan bersungguh menghalang pihak tertentu menggunakan bomoh hujan yang tidak pasti apa jampi yang digunakan, meminta bantuan kami, alhamdulillah dengan izin Allah, cuaca yang pada ketika itu berubah daripada mendung berawan kepada cerah yang baik.

Ayat ini juga kami gunakan ketika ribut, hujan lebat dan kabus diperjalanan, alhamdulillah sepanjang perjalanan, kami terlindang dan selamat.

Cubalah, petua ini saya warisi daripada arwah Ayah.

Jenis Balutan Ketupat

Versi Ketupat|
Yang dlm dalam gambar sebelah atas org panggil ketupat jantan (sebelah utara) yg sebelah bawah dipanggil ketupat dakap (biasanya disebelah pantai timur). Cara balutan berbeza. Saya akan balut cara ketupat jantan bila daun palas agak panjang dan ketupat dakap bila daun palas agak pendek.
Perbezaan tempat dan bentuk ketupat mempunyai perbezaan yg significant bila p>0.05. Hahaha....keluar istilah statistik pulop...opps sori br lepas balut ketupat 2 kilo...oishhhh mabuk ketupat....


Atas: Ketupat Jantan
Bawah: Ketupat Dakap

Jenis Keladi Yang Boleh Di Makan

Variety Keladi|
Keladi Setawi: batangnya besar, hanya dimakan ubinya, batangnya gatal tidak boleh dimakan atau dibuat ulam.
Keladi Lambok: batangnya lebih kecil daripada setawi, dimakan batangnya sama ada dibuat ulam, atau diletak di dalam singgang, sayur lemak atau gulai lemak. Keladi jenis ini jarang dimakan ubinya kerana terlalu kecil.
Keladi Pinang: antara keladi terkecil dalam varietynya, batangnya dibuat ulam dan ubinya juga sedap dimakan. di Kedah keladi pinang ni dipanggil keladi telur kerana ubinya bulat-bulat macam telur ayam atau itik.
Boleh beza tak antara setawi, lambuk dan pinang? Kalau boleh beza memang terer...hi hi hi
Kalau teringin nak rasa, lagi 3 bulan jemput ke kebun...nak bawa balik benih ni....sekarang yang ada dekat kebun adalah keladi pinang.

keladi Setawi

Keladi Lambok

Keladi Pinang

Keladi Setawi

Monday 19 September 2016

Aku, anak2 dan Bearded Dragon


Bearded Dragon Semasa Kecil

Saya Bersama Bearded Dragon

Arif Bersama Bearded Dragon

Farah Bersama Bearded Dragon
Bedding Jenis Ini Tidak Sesuai

Bedding jenis ini tidak sesuai

Bedding Jenis ini tidak sesuai
Pengalaman membela bearded dragon sangat mengujakan. Sangat baik dan tidak menggigit, boleh di bawa berjalan ke mana sahaja. Hampir setahun kami membelanya. Daripada kecil sampai dah membesar. Tapi akhirnya mati sebab kesilapan saya memilih bedding untuknya. Saya pilih bedding arnab dan hamster untuk jadi bedding yang akhirnya bearded dragon kami tertelan bedding yang kami letak semasa memburu cengkerik. Akhirnya bearded dragon kami mati. Allah, siapa yang bela bearded dragon kena hati-hati soal pemilihan bedding. Dapatkan pencahayaan yang betul dengan pemilihan lampu yang betul, lebih baik bela di tempat terbuka supaya bearded dragon dapat cahaya terus daripada matahari. Itu yang terbaik.

Makanan yang paling bearded dragon suka adalah cengkerik. Dia makan sayur tapi sangat memilih, makan hanya sawi dan salad.

Sediakan  kolam untuknya, sangat suka mandi.

Sediakan lampu UV yang sesuai untuknya  jika berada di dalam rumah. Boleh guna lampu menthol untuk ayam yang kepanasannya bawah 20v. Sesekali kena jemur kat matahari.


Beza Antara Itik Jantan dan Betina

Penting bagi yang mula nak berjinak-jinak dalam bidang penternakan itik. Itik Telur Jantan biasanya kepalanya akan berwarna hijau dan badannya akan cantik daripada segi kombinasi warnanya. Di ekornya akan ada bulu yang berbentuk bulat. Itik telur betina pula biasanya bewarna coklat dan berbelang2. Kalau itik serati atau nila, itik jantan biasanya mempunyai bentuk tubuh yang lebih besar daripada itik betina.


Pengalaman saya memilih anak itik pula, biasanya jika itik telur saya akan pilih banyak betina bagi memastikan saya dapat kuantiti telur yang banyak. Bagi itik telur saya biasanya akan memilih anak2 itik yang lebih kecil kerana pengalaman saya, anak-anak2 itik yang kecil ini biasanya betina. Perbezaan juga boleh dilihat pada bahagian punggung anak itik, sila rujuk gambar yang disertakan. Jika itik serati atau itik nila, saya akan pilih anak yang lebih besar sebab biasanya anak yang lebih besar itu adalah jantan. Biasanya jantan itik serati lebih besar danboleh mencecah 3.5 kg seekor bila capai umur matang.

Perbezaan anak itik jantan dan betina

Itik Telur Betina, bulunya warna coklat berbelang2

Bulu Ekor Itik Telur Jantan yang berbentuk bulat

Kepala Itik Telur Jantan Bewarna Hijau



Itik Serati Jantan biasanya lebih besar daripada betina















Sunday 4 September 2016

Hasil Pertama Ternakan

Saya punya hobi adalah membela binatang, alhamdulillah hobi saya antaranya membela itik akhirnya menjana pendapatan apabila itik-itik yang saya bela mula mendapat permintaan luar jangka daripada pasaran. Sebagai contoh; itik serati punyai pasaran yang baik dengan harga sekitar RM 12 hingga RM 15 sekilo, bayangkan seekor itik serati boleh mencecah 3 kilo untuk seekor itik jantan. Baru-baru ni saya menjual 2 ekor itik serati dengan harga RM 68.40 dengan beratnya mencecah 5.7 kg. Alhamdulillah permulaan yang baik untuk saya. 

Syukur.







Thursday 1 September 2016

Doa Ketika Membeli Binatang & Berurusan dengan Manusia yang Tidak di kenali


Doa ini selalu saya baca mengambil berkat nasihat Rasulullah SAW bagi insan yang baru berkahwin, mendapat pembantu dan membeli unta. Saya selalu membaca ketika berurusan dengan pembantu baru, asnaf-asnaf yang baru saya kenali yang ingin bekerja di kebun atau di zawiya haji salleh. Memohon agar Allah SWT memudahkan setiap urusan saya dengan mereka dan saya tidak ditipu oleh mereka. Begitu juga doa ini saya baca ketika membeli binatang, menjual binatang dan menangkap binatang. Doa ini juga saya baca ketika merawat binatang2 di kebun yang sakit. Setakat ini alhamdulillah dimudahkan Allah SWT. Pertanian dan penternakan mengajar saya erti pergantungan diri kepada Allah SWT.


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إِذَا تَزَوَّجَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً أَوْ اشْتَرَى خَادِمًا فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَمِنْ شَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ وَإِذَا اشْتَرَى بَعِيرًا فَلْيَأْخُذْ بِذِرْوَةِ سَنَامِهِ وَلْيَقُلْ مِثْلَ ذَلِكَ
Apabila seseorang di antara kamu menikah dengan seorang perempuan atau membeli pembantu, hendaklah mengucapkan:
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ.
Artinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan perempuan atau pembantu ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya. Dan aku mohon perlindungan kepada-Mu dari kejelekan perempuan atau pembantu ini dan apa yang telah Engkau ciptakan dalam wataknya.”
Demikian pula ketika membeli unta, maka peganglah puncak bonggol (dibelakang unta) dan ucapkanlah seperti itu.” (HR. Abu Dawud, Ibnu Majah, lihat Shahih Ibnu Majah 1/324)