Tuesday 11 April 2017

Ramai Kawan


Ada sahabat yang bertanya; macam mana nak punyai ramai kawan yang baik. Apa formulanya? Mengikut katanya, dia sering dipinggirkan dan tiada kawan. Jika orang bercakap, memang memandang kepada buruknya, sering di remove daripada whatsapps  group dan sering dilabel keras kepala. Sebelum menjawab; saya mengingatkan beliau supaya muhasabah diri, sifat dan sikap; jika ramai yang tidak selesa dengannya, pasti ada yang tidak kena dengan dirinya. Kita selalu tunjukkan kesalahan orang lain dengan satu jari telunjuk kita, namun kita gagal sedari ada lagi empat jari menunding ke arah kita.


Tiada satu formula yang boleh dijadikan kayu ukur, cuma kalau saya biasanya akan memastikan diri kita sentiasa 'rendah' daripada orang lain. Contoh dalam urusan kerja dan kebun; biasanya saya bertanya dan raikan pendapat rakan-rakan yang lain walaupun pada hakikatnya saya juga punyai pengalaman yg kadang2 sedikit 'lebih' daripada mereka.


Dalam urusan kebun umpamanya, saya adalah 'anak padi' dan selalu ke sawah bersama arwah ayah dan mak saya dan saya juga selalu di bawa oleh arwah ayah dan mak ke dusun sejak dari kecil lagi. Pendek kata, saya orang kampung; kalau kerja-kerja kampung dan berpanas, langsung tak ada masalah buat saya. Kalau jenis baja pokok dan tanaman juga saya tiada masalah. Kalau dalam soal ikan dan binatang ternak, saya juga bela pelbagai jenis binatang sejak dari kecil lagi.


Ada banyak benda di kebun kadang2 saya tahu akibat 'negatif' jika dilakukan, tapi memandangkan pembantu saya nak juga mencuba, biasanya saya cuma biarkan mereka mencuba sambil tersenyum. Saya pernah 'kematian' 20 ekor ayam belanda akibat pembantu kebun saya tidak meng'endah'kan nasihat saya berkaitan cara yang betul membela ayam belanda. Akhirnya beliau mengakui kebenaran kata2 saya. Itu salah satu contoh. Tiada niat memburukkan sesiapa.


Mulai daripada saat itu, sebelum buat sesuatu beliau akan rujuk kepada saya terlebih dahulu. Respek dan hormat akan datang setelah mereka melalui sendiri pengalaman tersebut. Saya senyum dan tanpa ada sedikit perasaan marah walaupun saya kerugian hampir RM 300. Hari ini beliau antara pembantu saya yang sangat setia. Sifat 'merendah' kita tiada ruginya, rakan-rakan akan merasa diri dihargai dan sangat senang dengan kita. Biarlah kita selalu kelihatan 'bodoh' daripada orang lain, pada hakikatnya kita adalah cerdik. Cerdik dan pandai berkawan.


Raikan rakan-rakan kita, hormati mereka. Firman Allah SWT:


Allah Ta’ala berfirman,


وَلاَ تُصَعِّرْ خَدَّكَ لِلنَّاسِ وَلاَ تَمْشِ فِي اللأَرْضِ مَرَحاً إِنَّ اللهَ لاَ يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَجُوْرٍ {18}


“Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS. Luqman:18)


Sekadar berkongsi pengalaman, kadang-kadang jelek bila lihat orang bergaduh kerana perkara kecil seperti hal anak2, hal isteri, hal parking kereta, hal khilafiyyah, hal sapa bertugas dan lain2....aduh...jgn bergaduh dengan sebab hal kecil, nanti hidup tak tenang.


Merendahlah diri...pasti kita disukai dan dirindui teman.....


Selamat beramal...