Wednesday 3 August 2016

Bakar Jagung

Alhamdulillah, pekerja yg selalu bagi makan ternakan kami datang bawa jagung malam ni. Rezeki kami memalam, biar anak2 rasa macam mana nak hidupkan api dan bakar sendiri jagung-jagung ni. alhamdulillah ada juga aktiviti malam ni, sebelum mereka tidur.
Dikelilingi kucing jalanan yg kami bela, juga seekor anjing jalanan yg kami adopt utk jaga kebun dan keselamatan kami kerana jauh dr penempatan jiran. Alhamdulillah, anjing ni binatang yg setia, tak pernah ganggu kucing2, angsa, itik dan ayam yg kami lepaskan atas tanah seluas 2 ekar ini.
Makin besar kamu chiwawa, terima kasih buat kami rasa selamat sejak hari pertama kamu di sini.
Adanya kucing jalanan 6 ekor dengan angsa 4 ekor juga buat kami rasa aman dr gangguan binatang2 berbisa dan buas ketika kami berada di sini. Semoga Allah lindungi kami daripada gangguan jahat manusia, jin dan binatang buas.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء فى الارض ولا فى السماء وهو السميع العليم







No comments:

Post a Comment