Thursday 4 August 2016

Doa Semasa Mengunci Rumah

Doa ini saya warisi daripada ayahanda angkat yang sangat saya sayangi, Dato' Dr. Hailani Muji Tahir. Beliau adalah penyelia saya sewaktu belajar di peringkat master di UKM. Hubungan kami sangat baik, beliau mengganggap saya seperti anak lelakinya. Kebetulan memang beliau tidak memiliki anak lelaki.Saya juga diambil bekerja dengan syarikatnya sebagai, penulis dan editor sepenuh masa. Hampir 4 tahun saya bekerja dengan beliau sebelum saya menyertai J-QAF atas faktor jaminan masa depan. Pada waktu tu, saya tinggal bersama isteri di sebuah rumah sewa di kawasan Kg. Sungai Serai, memang jauh daripada penempatan manusia dan sangat sunyi. Jauh di dalam hutan di kawasan Hulu Langat. Saya selalu bercerita dengannya tentang kerisauan saya meninggalkan isteri dan barang-barang berharga ketika kami bercuti. Beliau berpesan, selepas kamu baca bismillah semasa mengunci pintu, baca ayat ini: bismillahi fi kanzillah (dengan nama Allah, semoga ia termasuk dalam pemeliharaan Allah SWT).

Alhamdulillah, kami selamat daripada kejahatan pencuri, walaupun kawasan sekitarnya 'masak' dikerjakan oleh mereka. Syukur. Nak kongsi ja, amalan orang alim, kata dato' hailani, beliau ambil amalan ini daripada seorang kiyai di johor. Gambar yang bawah tu kenangan masa kami tinggal di Hulu Langat sekitar tahun 2003-2009. Rindu suasana langat. Masa ni berdua aje, badan pun slim lagi, he he he...

Tiada sandaran hadis, ia berbentuk doa yang baik.

بسم الله في كنز الله















6 comments:

  1. Bagus tu..boleh tak letak baris pd ayat tu..takut baca salah pulak nanti..

    ReplyDelete
  2. Bagus tu..boleh tak letak baris pd ayat tu..takut baca salah pulak nanti..

    ReplyDelete
  3. Terimakaseh atas perkongsian adik..mudah dn ringkas..

    ReplyDelete