Monday 8 August 2016

Kerja, Usaha, Zakat, Sedekah & Bantu Sesama Insan

Alhamdulillah hasil sawit dr kebun kami juga digunakan bg pendapatan sampingan kepada insan yang memerlukan. Pelbagai kerja sampingan yg boleh diupah seperti tanam sawit, racun sawit, baja sawit, kait sawit, jaga dan beri makan haiwan dan yang terbaru sebagai penjaga kebun dan penjaga kolam ternakan ikan talapia.

Sungguh kami layan mereka seperti adik beradik sendiri. Tiada istilah 'kuli' dalam kamus hidup kami. Mereka adalah sebahagian daripada keluarga kami. Setakat ini seingat kami 7 orang yang telah bekerja di kebun kami sebagai 'part time'. Saya tiada modal untuk membayar gaji bulanan mereka, cuma ada sedikit hasil sawit yang saya guna untuk memberi hadiah atas kerja-kerja kebun yang telah mereka lakukan. Alhamdulillah mereka sangat komited dan bersungguh2. Untuk pengetahuan pembaca juga, kita jangan menjadi haji bakhil atas kerja yang mereka lakukan, bayarlah lebih sikit daripada kebiasaan yang mereka dapat. Mereka akan lebih bermotivasi. Jika kalian pergi rumah mereka, kalian akan menitiskan airmata atas kesusahan mereka. 

Sebenarnya saya dan isteri boleh lakukan sebahagian daripada kerja2 tersebut tapi berpegang pada konsep kongsi rezeki, dipelbagaikan bentuk bantuan. Alhamdulillah, rezeki sawit setakat ini masih cukup untuk membantu. Teringat kata2 arwah ayah:
"Buat kerja sampai boleh bayar zakat, kerja sampai boleh bantu orang susah, semakin banyak memberi, semakin rezeki dicukupkan Allah SWT"

Terima kasih ayah dan mak atas ingatan!
















No comments:

Post a Comment