Thursday 4 August 2016

Kebun dan Tempat Eksperimen

Sengaja saya beli kebun kerana ingin melihat anak-anak bereksperimen dengan haiwan dan alam sekitar. Memang kebun kami agak jauh daripada penempatan manusia yang membolehkan saya membela banyak haiwan dan membiarkan anak-anak bermain dengan mereka. Saya juga akan cuba untuk membina pondok di atas pokok untuk anak-anak saya bermain. Teringat mainan saya waktu kecil dulu, sauk ikan, main pondok, masak2, zero point, guli, chaplom, jengkek, tudung ayaq minit, basikal, sauk ikan karin dan lain2 lagi.

Mereka masih kecil, jangan diberati mereka dengan tuisyen dan lain2, waktu seperti ini mereka perlukan skill. Mudah-mudahan mereka dapat mempelajari sesuatu hasil interaksi mereka dengan alam. Hari ni mereka bersama chiwawa dan mahsuri sebagai peneman yang setia.

Latar belakang mereka adalah pokok-pokok sawit yang saya baru tanam. Alhamdulillah, tumbuh menghijau.



No comments:

Post a Comment