Wednesday 3 August 2016

Hawar

Semua kembali pada Pencipta, terkilan bukan sebab mati, terkilan sebab tak perasan dan lambat memberi rawatan. Maafkan abi bobo.Tumpukan dkt ayam, tapi yg kena 'hawar' rupanya angsa, seekor lagi menanti masa. Semoga sempat memberi rawatan.
Ada pelbagai kaedah rawatan hawar ayam dan itik; pertamanya dapatkan antibiotik di kedai haiwan dalam bentuk pil, masukkan dalam minuman ayam2 tersebut. Boleh juga beli air merah yang digunakan untuk ayam demam, tapi setelah saya uji, air merah ni boleh diberi kepada ayam kalau hawar ni di peringkat awal, kalau dah lambat, kesannya sangat minima. Ada juga ubat ayam dalam bentuk pil. Masukkan terus ke dalam mulut ayam atau angsa tersebut. Jika diizinkan Allah, mereka akan sembuh.
Ada petua orang kampung dahulu, jika ayam terkena hawar, mereka tumbuk kunyit dan dicampurkan dengan air minum unggas tersebut. Ada juga cadangkan supaya diberi minum air kelapa dan diberi daun ketum untuk di patuk dan dimakan oleh ayam-ayam tersebut. Semua ni petua, cubalah....



No comments:

Post a Comment