Sunday 3 July 2016

Rezeki Ramadhan, Berbudi Pada Tanah

Pertanian adalah salah satu hobi yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan. Sejak daripada kecil saya diasuh oleh arwah ayah dan mak tentang kebaikan berbudi pada tanah. Secara tidak sengaja saya membeli tanah sawit seluas 2 ekar. Pada awalnya saya agak 'ngeri' kerana saya anak orang padi, memang tak pandai uruskan sawit. Persepsi awal saya sawit ini tidaklah sangat menjana pendapatan. Rupa-rupanya, sawit ini adalah antara komoditi yang stabil. Pokoknya akan mendatangkan hasil dalam lingkungan 20-25 hari sekali. Jika dibaja ada yang menghasilkan buah yang dituai dalam 15 hari sekali. Masya Allah, dengan kapasiti tanah yang terhad, saya memiliki 100 pokok sawit yang telah sedia dituai hasilnya. Selebihnya masih kecil dan baru belajar berbuah. Hasil yang paling tinggi pernah saya dapat adalah RM 446 dengan harga jualan semasa ialah RM 480 satu tan. Subhanallah, rezeki Allah SWT pada pertanian. Ini adalah hasil selepas saya menggunakan baju tahi ayam. Insya Allah lepas raya saya merancang untuk membaja dengan baja urea dan kelapa sawit. Maafkan saya, saya mencadangkan jika anak-anak muda ada duit lebih, belilah tanah, tanam kelapa sawit. Sungguh kelapa sawit lebih mudah penjagaannya, lebih hasilnya berbanding komoditi lain seperti padi, koko dan getah.

Hasil sawit hampir satu tan

Hasil sawit yg diambil oleh ram, upahnya hanya RM 23 satu tan

Pekerja ram sedang ambil sawit

Bersama pengawal saya di kebun, telipuk dan kiambang

nak beli superbike tak mampu, pakai ni ok ke?

Shahril sedang kait sawit

Bersama Yusrina

Bergaya juga si Yusrina ni

No comments:

Post a Comment