Tuesday 19 July 2016

Haiwan Peliharaan dan Pembaziran

Update kali ini ingin berbicara berkaitan dengan binatang dan pembaziran sisa makanan. Alhamdulillah, saya ada memelihara beberapa binatang yang pada saya dapat membantu mengurangkan pembaziran. Antaranya adalah anjing kebun. Alhamdulillah rupanya anjing ini antara makanan kegemarannya adalah tulang. Alhamdulillah keluarga kami akan menyimpan tulang lebihan makanan untuk diberikan kepada seekor anjing kebun kami. Kehadirannya sangat mengujakan. Anak-anak saya seperti farah amani dan anis yusrina sanggup untuk mengumpul tulang-tulang daripada makanan mereka dan rakan mereka di sekolah untuk dibawa balik ke kebun untuk diberi makan kepada chiwawa, anjing jalanan yang kami kutip untuk menjaga kebun kami. 

Selain daripada itu, alangkah baiknya jika spesies burung seperti pulin, bayan dan serindit tidak diharamkan oleh perhilitan. Ini kerana burung ini biasanya makan buah sawit dan boleh digunakan untuk elakkan daripada buah sawit yang gugur tidak dimanfaatkan. Saya juga memanfaat rumput dan rumpai yang tumbuh disekitar kebun saya untuk makanan sampingan kepada arnab, arkus, itik, ayam, puyuh dan kura-kura. Yang paling menakjubkan mereka akan makan rumput-rumpai yang saya beri termasuk daun sawit yang telah dipotong. Subhanallah sangat terasa nikmatnya hidup tanpa pembaziran makanan dan sumber.

Kucing-kucing jalanan juga diajar untuk memakan tulang, sisa ayam proses dan tulang-tulang sisa makanan serta sisa sisa makanan lebihan daripada rumah-rumah jiran saya, pada masa depan kami akan sediakan tong khusus untuk memudahkan jiran memasukkan sisa makanan ke dalamnya bagi tujuan pemberian makanan kepada binatang-binatang ternak kami di kebun.

Semoga kita semua elakkan pembaziran.
Chiwawa Si Anjing Kebun

Gambar Hiasan: Burung Mata Putih, jika bukan haiwan terlarang boleh makan ulat sawit

Burung terkukur, makan buah sawit


Gambar Hiasan: Jika bukan haiwan larangan, boleh makan sawit masak yang terlerai daripada tandan

Selfie Chiwawa

Tengah makan tulang ayam kampung

Tengah makan tulang kegemaran

No comments:

Post a Comment