Monday 11 July 2016

Anak Ayam Kampung Kacuk

Batch Kedua anak ayam kampung kacuk yang kami beli sehari sebelum raya untuk kegunaan sendiri. Anak ayam jenis ini lebih besar dan banyak isinya daripada ayam kampung biasa. Mengambil masa 4 bulan untuk membesar dan sesuai untuk disembelih. Alhamdulillah, pada 10 Julai 2016, saya telah membeli batch ketiga ayam kampung kacuk untuk dibesarkan secara berperingkat bagi kegunaan sendiri. Insya Allah bersih, selamat dan bebas daripada vaksin yang boleh menjejaskan kesihatan. Makanannya pun dedak, jagung, gandum dan sisa makanan. Harganya pula ikut umur ayam, boleh dapat seekor dengan harga serendah RM 2.60 hinggalah RM 3.30. Tak sabar nak makan ayam hasil usaha sendiri, kata hukama'

Sebaik-baik usaha adalah rezeki daripada tangan sendiri.

No comments:

Post a Comment