Monday 11 July 2016

Benih Ayam Kampung

Saya cukup mengambil berat berkaitan asal usul ayam yang berada di kebun saya. Saya akan pastikan kalau ayam kampung, memang betul2 ayam kampung. Penting untuk menjamin rezeki kami sekeluarga. Insya Allah saya dalam proses biakkan ayam kampung. Benih ayam kampung ni saya ambil dari rumah bapa mertua saya, Chik Hj. Mat Zin. Memang betul-betul ayam kampung. Isinya memang sedap. Saya juga punyai lebih kurang 30 ekor ayam kampung kacuk yang saya asingkan kandangnya. Saya bela nak ayam kampung kacuk ni sekadar hobi dan untuk kegunaan sendiri. Saya mengambil konsep rakan fb saya dengan meletakkan seekor ayam jantan bersama 10 ekor ayam betina pada satu reban. Saya juga menggunakan konsep alami iaitu membiarkan anak-anak ayam itu ditetaskan sendiri oleh ibunya. Saya yakin, penetasan jenis ini membuatkan anak ayam lebih tahan daripada serangan penyakit. Tapi ini hanya andaian sahaja, tanpa ada bukti secara saintifik.

Pengalaman saya membawa balik ayam kampung daripada kelantan ke Perak yang mengambil masa lebih kurang 5 jam; perlu dipastikan keselesaan haiwan tersebut, biasanya untuk satu kotak saya hanya tempatkan 2 ekor sahaja ayam, jangan lebih kerana ruang kotak yang terhad dan panas boleh menyebabkan ayam mati diperjalanan. So, biar bawa balik sedikit tapi bila sampai hidup dan cergas daripada bawa balik kuantiti yang banyak tapi bila sampai semuanya mati.
Cantik sangat bulu ayam ni, kehijauan

Ayam-ayam disangkarkan terlebih dahulu

Subhanallah

Pelbagai Jenis dan Warna Ayam

Ayam yang sihat bulunya berkilat bila dijemur matahari


No comments:

Post a Comment