Thursday 23 June 2016

Rumah Kebun, Reban, Utiliti Air dan Elektrik

Alhamdulillah, proses pembinaan dan persiapan utiliti seperti air dan elektrik telah hampir siap sepenuhnya. Memang untuk permulaan, kos awal untuk penyediaan prasarana sesebuah kebun memakan belanja yang agak besar kerana kebun kami terletak jauh daripada jalan utama. Saya membelajakan hampir rm 1800 untuk pendaftaran air dan kos menarik paip dari sumber utama. Manakala elektrik pula saya membelanjakan hampir RM 4000 utk kos yg melibatkan penanaman tujuh tiang dan upah kontraktor. Tapi alhamdulillah semua proses itu hampir selesai sepenuhnya.

Di sini saya senaraikan semua kos yg telah saya tanggung:

Rumah Kebun            RM 15000
Tail & Table Top        RM   1500
Elektrik dan Cat        RM    1500
Reban & alat              RM    4400
Letrik                            RM  4000
Air                                 RM  1800
Jumlah                         RM 28200

Bila dikira semula hampir mencecah RM 30000. Tapi apapun alhamdulillah, syukur atas rezeki yang Allah SWT kurniakan. Tiada apa yg mampu menggantikan kegembiraan ketika di kebun. Sangat menenangkan. Syukur kpd mu Ya Allah atas kurniaan nikmat yg tak terhingga.



1 comment:

  1. AssalamuAlaikum, tak pasti macam mana nak email tuan harap tuan boleh feedback di ruangan ni..
    1) Air atau bekalan elektrik hanya boleh apply selepas rumah/infrastruktur siap?
    2) Berapa kos utk satu tiang TNB? jarak antara tiang?
    3) Tarik air ke kawasan tuan ni paip dia letak bawah tanah ke? Maksud saya dari sumber ke tanah tuan?

    Harap tuan boleh bagi pencerahan. Tak banyak info saya jumpa kat google pasal ni. Terima Kasih.

    ReplyDelete