Thursday 22 September 2016

Jenis Keladi Yang Boleh Di Makan

Variety Keladi|
Keladi Setawi: batangnya besar, hanya dimakan ubinya, batangnya gatal tidak boleh dimakan atau dibuat ulam.
Keladi Lambok: batangnya lebih kecil daripada setawi, dimakan batangnya sama ada dibuat ulam, atau diletak di dalam singgang, sayur lemak atau gulai lemak. Keladi jenis ini jarang dimakan ubinya kerana terlalu kecil.
Keladi Pinang: antara keladi terkecil dalam varietynya, batangnya dibuat ulam dan ubinya juga sedap dimakan. di Kedah keladi pinang ni dipanggil keladi telur kerana ubinya bulat-bulat macam telur ayam atau itik.
Boleh beza tak antara setawi, lambuk dan pinang? Kalau boleh beza memang terer...hi hi hi
Kalau teringin nak rasa, lagi 3 bulan jemput ke kebun...nak bawa balik benih ni....sekarang yang ada dekat kebun adalah keladi pinang.

keladi Setawi

Keladi Lambok

Keladi Pinang

Keladi Setawi

3 comments:

  1. assalamualaikum, nak tanya. ada tak nama ubi keladi, ubi keladi bukit? yg batang nya warna merah2.

    ReplyDelete
  2. Assalam Encik,
    Boleh saya nak beli benih keladi pinang? Pm saya

    ReplyDelete
  3. Assalam tuan. Masih ada lg keladi yg blh dimakan iaitu keladi sarek @ keladi ular (panggilan di Selangor), keladi senduk @ paku rawan dan keladi agas. Batang keladi sarek yg masih muda blh dimasak selain ubinya yg enak dibuat pengat. Batang dan bunga keladi senduk pula dicelor dan dimakan bersama sambal belacan @ budu @ cencaluk. Dan keladi agas pula blh dibuat ulam mentah2. Tentang keladi setawi pula, selain drp ubinya, batangnya juga masih blh dimakan tapi perlu dimasak sebagai sayur lemak dan spt yg tuan nyatakan, btgnya tidak blh dimakan mentah spt keladi lambuk.

    ReplyDelete