Thursday, 23 June 2016

Lalat Askar Hitam (Black Soldier Fly) - Hermetia illucens

Alhamdulillah, seorang sahabat saya menasihati saya agar mempelajari cara untuk mengeluarkan sendiri BSF bagi kegunaan makanan binatang-binatang di kebun saya. Alhamdulillah saya mula mempelajari dengan membaca beberapa artikel di dalam blog berkaitan BSF dan insya Allah akan cuba untuk menghasilkannya. Di bawah adalah artikel yang baik berkaitan BSF, semoga bermanfaat, dan sudah tentu pahala akan mengalir kepada tuan artikel ini. Allah....di bawah saya sertakan link asal.

Apa itu "Black Soldier Fly - BSF"?.

Lalat askar hitam, atau Hermetia illucens adalah adalah serangga dari specis lalat yang terbang bebas diluar kawasan rumah. Lalat ini akan menghasilkan  larva atau ulat yang biasa terdapat dalam timbunan sampah atau kompos. Larva juga kadang-kadang ditemui dalam bangkai, buah-buahan busuk dan timbunan lebihan dapur. Ianya mempunyai potensi yang besar untuk digunakan dalam entomologi forensik.

Black Soldier Fly Larva (BSFL) boleh digunakan dalam pembuatan baja, mengawal lalat rumah dan pengurangan dalam jumlah baja. Larva matang dan prepupae dihasilkan  dalam operasi pengurusan baja dan juga boleh digunakan sebagai tambahan kepada  makanan haiwan. Larva dijual sebagai makanan untuk pemilik herptiles dan ikan tropika, atau seperti kompos ulat. Larva menyimpan tahap kalsium untuk pertumbuhan dan  memberi manfaat kepada herptiles. 


Lalat askar hitam yang dewasa hidup dalam jangka hayat yang singkat hanya untuk bertemu pasangannya bagi menghasilkan telur. Bagi setiap lalat  betina mampu menyimpan telur sebanyak 500 biji. Dari telur akan terhasil larva atau ulat yang akan membesar dan memakan bangkai, bahan-bahan buangan sampah dan sisa-sisa makanan.


Lalat dewasa tidak mempunyai mulut dan tidak membawa sebarang penyakit kepada manusia.


Kitaran Hidup 


Telur yang terhasil dari lalat ini mengambil masa lebih kurang 1 hingga 4 hari untuk menetas dan akan berada dicelah-celah atau dipermukaan sisa-sisa buangan makanan, bangkai atau sampah-sampah. Larva atau ulat ini boleh hidup beberapa minggu dalam suhu bilik . Terdapat belbagai saiz dari   1/8-3/4 inci (3 -19 mm). Manakala bagi yang dewasa saiz nya adalah  5/8 inci (16 mm). Jangka hayat bagi lalat dewasa adalah antara 5-8 hari sahaja.

Faedah Kepada Kehidupan


Tuhan telah mencipta sistem ekologi yang cukup lengkap dalam kehidupan kita, tapi disebabkan kerakusan tangan manusia yang tidak bertanggungjawab serta mementingkan keuntungan maka banyak sistem ekologi kita telah terganggu dan dimusnahkan dengan sewenang-sewenang tanpa memikirkan kehidupan makhluk tuhan yang lain.


Lalat Askar Hitam atau Black Soldier Fly (BSF)  yang jarang-jarang  manusia  mengetahui atau mungkin kenal tapi tidak tahu akan keperluan kehidupan serangga ini kepada kehidupan kita. Larva atau ulat yang terhasil dari lalat ini amat bergunakan dalam menukarkan  bahan-bahan buangan kepada bahan yang berguna untuk makanan haiwan. Larva atau ulat itu sendiri boleh menjadi bahan makanan terus kepada haiwan peliharaan seperti ayam, itik, ikan, babi dan juga anjng.


Pengurusan Bahan-bahan buangan (Waste Management)


Serangga memainkan peranan penting dalam proses kitar semula pelbagai bentuk bahan-bahan buangan dan nutrien lain dalam alam sekitar. Serangga dari jenis Lalat Askar Hitam adalah salah satu keadah yang boleh digunakan dalam pengurusan sisa-sisa terbuang dimana penggunaan keadah ini jarang dipraktik dengan meluas. Kajian tambahan  secara terperinci adalah diperlukan dalam penggunaan lalat askar hitam sekiranya diusahakan secara komersial. Potensi penggunaan lalat askar hitam dalam pengurusan sisa-sisa buangan amat tinggi terutama dalam penghasilan makanan kepada haiwan peliharaan.


Larva atau ulat  yang terhasil dari lalat askar hitam ini mengandungi kandungan 42% protin, 35% lemak  (Sheppard et al.,1994) , dimana kandungan protin yang tinggi ini berpotensi menjadikan makanan haiwan yang bertenaga tinggi. Larva BSF tidak merbahaya kepada kehidupan manusia dan makanan serta  tidak membawa sebarang penyakit (Furman et al. 1959). Lalat dewasa tidak perlukan makanan, cukup dengan lemak yang tersimpan semasa peringkat larva.





1 comment:

  1. Assalamualaikum & salam sejahtera
    Pihak kami membuat kajian saintifik berkaitan pembiakbakaan dan teknologi digunapakai dalam industri ayam kampung, menghasilkan makanan ternakan organik daripada teknologi black soldier fly larvae (BSFL) dan menganjurkan latihan industri untuk badan kerajaan dan swasta, institut pendidikan dan pensendirian sejak tahun 2012 hingga sekarang. Maklumat lanjut boleh layari http://bit.ly/ekofarmmalaysia terima kasih.

    ReplyDelete