Anak-anak ayam ini adalah batch kedua kepada ayam-ayam yang ada dalam kebun kami. Saya membelinya dengan harga RM 2.80 untuk anak-anak ayam kampung yang berusia sebulan. Lebih mudah kerana mereka tidak memerlukan lampu lagi sebagai pemanas. Ayam kampung yang saya bela ini adalah untuk diri sendiri, teringin nak makan hasil ayam ternakan sendiri yang bebas daripada sebarang suntikan yang membahayakan kesihatan.
Manakala ayam belanda ini saya beli dengan harga rm 12 untuk yang berusia 1 bulan. Ayam belanda juga seperti angsa dan burung murai batu yang sangat sensitif pada gigitan nyamuk. Sebab tu beli anak yang dah lebih sebulan untuk elakkan kesan gigitan nyamuk. Seronok bela ayam belanda ni, ada orang panggil ayam klok-klok kerana sifatnya seolah melatah apabila diusik. Kepada yang berminat, silakan...anaknya murah, bila besar, harganya boleh mencecah RM 120 untuk seekor dan RM 40 untuk satu kilogram. Menjelang krismas, permintaan terhadap ayam belanda ini sangat tinggi.
Buat masa ini, semua ternakan saya hanya untuk kegunaan diri sendiri sahaja.
No comments:
Post a Comment