Saya amat meminati dunia ikan hiasan, antara ikan hiasan yang paling mudah untuk di bela adalah ikan kelisa. Saya mula membela ikan kelisa silver, kemudiannya beralih kepada banjar red, kemudiannya high back dan akhirnya membela malaysian gold. Yang tinggal di rumah kami sekarang hanyalah high back yang di namakan sebagai Damion dan Malaysian Gold yang diberi nama Budi. Budi ini adalah pemberian rakan bagi saya pemilik seri iskandar aquatic, iaitu Alex dan pasangannya Isma. Mereka sangat baik dengan saya, semoga tuhan merahmati kebaikan mereka. Takkan mampu saya balas. Saya namakan dengan budi bersempena budi mereka pada saya. Si Budi ini adalah F2 hasil daripada ladang arowana di bukit merah dilengkapi dengan sijil kelahiran dan mempunyai cip di badannya.
Sebilangan orang mengatakan bahawa membela ikan kelisa susah. Sebenarnya ia hanyalah taboo dalam masyarakat, membela kelisa sangat mudah, ikannya pembersih, najisnya tidak banyak jika di beri makanan hidup seperti cengkerik dan ulat besar. Si Damion saya telah latih sejak kecil makan palet, namun perbezaan yang ketara bila makan palet adalah air dan najisnya agak banyak dan sukar dicuci, so sy suggestkan supaya mereka diberi makanan hidup. Cuma kalau boleh elakkan memberi makan ikan kerana kelisa anda mudah dijangkiti penyakit bawaan ikan dan proses penyembuhan memakan masa yang agak lama.
|
Damion |
|
Damion |
|
Damion |
|
Damion |
|
Budi |
|
Sijil Lahir Budi |
|
Damion |
No comments:
Post a Comment