Tuesday, 19 December 2017

Rawatan Fibroid dan Unsur-unsur Alami

Saya sering dirujuk berkaitan masalah fibroid yang dialami oleh wanita. Ada beberapa ikhtiar menggunakan bahan alami yang saya gunakan ketika merawat. Antaranya ialah raja kayu, kumbui/kumbu/kumbul/topang kelapa dan air.

Bahan Pertama:

Raja kayu adalah sejenis tumbuhan liar yang batangnya bewarna seakan oren. Boleh didapati dan dijual di sekitar cameron highland dan rnr sg perak oleh masyarakat asli. Raja kayu diasah menggunakan belakang pasu, diambil habuknya, bancuh dengan air yang telah didoakan dengan doa ini:
اللهم يا مصغر الكبير يا مكبر الصغير صغر ما بي ياارحم الراحمين

Selepas di doakan, bancuhan tersebut dilumurkan di bahagian bawah perut pesakit dan di bahagian belakang pesakit iaitu sekitar pinggang ke bawah. 

Bahan Kedua:

Kumbui/kumbul/kumbu/topang/tumbuh kelapa ialah bahagian dalam kelapa tumbuh yang dimakan oleh pesakit setelah diruqyah. Biasanya orag dahulu cari kelapa yang tumbuhnya sejengkal. Dimakan kumbui selama 7 hari berturut2. Ini bermaksud, rawatan ini perlukan 7 biji kelapa tumbuh. Kelapa ini dibelah dan diruqyah dan diambil kumbuinya.
Kumbui Kelapa
(Warna kuning)

Kumbui Kelapa

Bahan Ketiga:

Air, diruqyah dengan:

3 Kali Istiqfar
1 Kali al-Fatihah
1 Kali Ayat kursi
3 Kali doa:
اللهم يا مصغر الكبير يا مكبر الصغير صغر ما بي ياارحم الراحمين

Bahan Ketiga:

Doa ketika makan dan minum air. Bacakan juga doa ini sambil minta penyembuhan daripada Allah SWT pada makanan dan minuman yang masuk dalam badan kita. Semoga setiap makanan yang kita makan menjadi penawar kepada setiap kesakitan kita. Boleh baca juga doa ini:

اللهم يا مصغر الكبير يا مكبر الصغير صغر ما بي ياارحم الراحمين

Semua yang saya petuakan ini adalah untuk rawatan diri sendiri, maksudnya pesakit sendiri yang membacanya setiap kali ingin melakukan rawatan. Air, raja kayu dan kumbui juga boleh kita minta kepada orang-orang alim tolong doakan juga. Boleh juga minta ibu bapa yang melahir dan membesarkan kita berdoa.

Selamat mencuba, ikhtiar orang dulu-dulu tiada pembuktian saintifik dan sandaran hadis. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment