Ikhtiar|
Firman Allah SWT:
وَقِيلَ يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءكِ وَيَا سَمَاء أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاء وَقُضِيَ الأَمْرُ وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ وَقِيلَ بُعْداً لِّلْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Ertinya : “Dan difirmankan: “Hai bumi telanlah airmu, dan Hai langit (hujan) berhentilah,” dan airpun disurutkan, perintahpun diselesaikan dan bahtera itupun berlabuh di atas bukit Judi, dan dikatakan: “Binasalah orang-orang yang zalim .” (QS. Huud : 44)
Beberapa kali saya gunakan ayat al-quran ini yg diberi oleh arwah ayah saya untuk beberapa situasi:
1. Penahan darah: dahulu masa saya mengajar di sekolah rendah, jika ada pelajar luka yg membuak darahnya, biasanya saya antara guru yg dirujuk, menguruskan bantuan awal; alhamdulillah nampak berkesan. Baru-baru ni arif berkhatan; memang darah tidak berhenti semasa petangnya sehingga menimbulkan panik cinta hati saya. Alhamdulillah, setelah membacanya sambil memohon bantuan daripada Allah SWT, darah arif yg banyak, berhenti dgn izinNya. Alhamdulillah.
2. Menahan bendalir ketika uruskan jenazah. Jika berlaku pada satu situasi di luar jangka. Ayat ini juga saya bacakan ketika saya lihat darah tidak berhenti atau keluar apa2 bendalir daripada qubul, dubur dan rongga jenazah tanpa henti. Juga baca sambil hati kita bergantung pada Allah SWT. Minta bantuanNya. Alhamdulillah dgn izinNya menjadi.
3.Doa surutkan banjir dan doa alih hujan. Juga pernah berlaku beberapa kali, terutamanya dalam situasi banjir besar dan bantuan banjir; juga dibacakan ayat ini sambil meminta langsung daripada Allah SWT. Pernah satu ketika, seorang sahabat saya menegah daripada menggunakan khidmat ‘bomoh hujan’ meminta jasa baik supaya dibacakan ayat al-quran dan hadis2 berkaitan, kami bacakan ayat ini juga, syukur walaupun mendung tapi tidak hujan dengan izinnya. Majlis besar itu dgn kehadiran orang besar negara pada waktu itu dapat berjalan dgn baik.
Bacaannya yg baik adalah keseluruhan ayat tersebut tapi kalau tidak ingat, cukuplah sekadar membaca:
يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءكِ وَيَا سَمَاء أَقْلِعِي
Ini adalah petua orang lama, tiada sandaran hadis amalan nabi saw; ia sekadar dan sebagai ikhtiar; boleh berdoa dengan cara yg lain. Tiada masalah jika nak gunakan ayat quran atau bentuk doa yg lain. Sekadar berkongsi dan menyampaikan apa yg menjadi amalan dan kebiasaan saya. Saya mmg tak minat nak berdebat tentangnya.
Moga ada sedikit pahala sampai pada arwah ayah dan mak saya.
No comments:
Post a Comment