Tuesday, 19 July 2016

Petua atau Amalan Mencari Barang Yang Hilang

Kali ini saya update petua atau amalan yang dikongsi oleh ayahanda saya berkaitan petua mencari barang yang hilang. Kebetulan beberapa hari yang lalu, 12 ekor itik saya dicuri oleh manusia yang hilang pertimbangan akal dan iman. Alhamdulillah, setelah mengamalkan petua ini, manusia tersebut telah memulangkan itik tersebut dengan izin Allah SWT. Ayat surah al-Baqarah ayat 148 ini dibacakan sebanyak 17 kali setiap kali baca. Baca sebaik sahaja kita sedari ada sesuatu barang yang hilang. Tapi ingin saya tegaskan, ini adalah amalan orang tua-tua dahulu, tiada sandaran hadis, jika nak beramal silakan, jika tak mahu tinggalkan sahaja. Saya percaya setiap ayat al-quran yang kita baca adalah berbentuk doa dan permintaan kepada Allah SWT. Doalah dengan ikhlas, nescaya Allah SWT kabulkan permintaan kita. Saya suka pertanian dan penternakan, kerana bertani dan berternak ini hati sangat bergantung pada Allah SWT.

Bersama itik yang telah dipulangkan

Bersama cicak kesayangan


3 comments:

  1. Terbaik..semoga memberi munafaat..kalau barang dh bertahun hilang boleh ke..pedang samurai hilang..beli di jepun..tak.sedar org àmbik..

    ReplyDelete
  2. Terbaik..semoga memberi munafaat..kalau barang dh bertahun hilang boleh ke..pedang samurai hilang..beli di jepun..tak.sedar org àmbik..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Tkasih,
    Izin amal Tn.

    ReplyDelete