Thursday, 28 July 2016

Penanaman Anak Sawit

Kebun kami mempunyai kawasan rendah yang berpaya. Memang pada asalnya pak saedon, tuan tanal asal cuba untuk menanam keladi tetapi gagal kerana pada musin kemarau, kawasan ini kering kontang yang menyebabkan keladi tidak tumbuh subur. Masa awal pembelian kebun ini, kawasan ini adalah kawasan semak dan dipenuhi dengan pokok dan rumput. Saya ambil masa untuk mengkaji dan melihat struktur tanah sebelum membuat keputusan untuk menanam pokok kelapa sawit. Diharapkan usaha-usaha saya membuahkan hasil, kerana berasaskan kepada pembacaan saya, pokok kelapa sawit ini mampu bertahan di kawasan yang lembap kerana sawit memang memerlukan banyak air untuk proses tumbesarannya.

Ini adalah percubaan saya, bereksperimen dengan tanah, semoga Allah SWT mempermudahkan urusan kami berbudi pada tanah. Anak-anak sawit yang saya beli berumur setahun dengan harga RM 12 sepokok. Saya menghabiskan RM 264 untuk 22 anak pokok. Saya beli grinder untuk dijadikan sebagai pemotong zink adalah sebanyak rm 150. Keseluruhan upah ukur, tanda pancang dan tanam sawit adalah sebanyak RM 220, iaitu sepokok RM 10. Sahabat saya hanya meminta RM 7.50 sepokok untuk proses tanda, ukur dan tanam; namun atas pertimbangan dan sifat kemanusiaan biarlah di beri lebih, boleh bersedekah dan membantu antara satu sama lain. Saya berpegang pada prinsip, jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah SWT akan memudahkan urusan kita semua.

Doakan kesuburan pokok sawit kami, mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada pondok yang kami usahakan.









No comments:

Post a Comment