Tuesday, 19 December 2017

Penghargaan Buat Sahabat Sekebun

Ada beberapa sahabat saya yg punyai minat yg sama, berkebun dan berternak. Mereka inilah yg saban hari membantu saya sama ada daripada sudut tenaga mahupun kewangan. Mereka memang lembut sifatnya dan jenis yg tidak berkira. Pagi ni saya coretkan penghargaan buat mereka.

PM Razak, seorang yg berwawasan; memang antara rakan strategik dan banyak membantu daripada segi kewangan dan buah fikiran. Memang kehadirannya byk merubah lanskap zawiya dan mempercepatkan perkembangan zawiya. Yang best tentang PM Razak ni sporting, boleh cari rumput sesama dan kadang2 beliau cari rumput sendiri. Sama-sama tanam napier di tanah satu ekar yg kami sewa bersama. Banyak jasa beliau, tak terungkap. Hari ni akan sampai benih napier, memang minggu ni jenuh tanam napier utk satu ekar tanah:).



Sharil Abam bomba; antara rakan dan sahabat saya terawal terlibat dalam pembangunan zawiya. Orang pertama yg bersama-sama uruskan sawit dan pembelian lembu-lembu saya. Saya banyak belajar daripadanya tentang sawit, penjagaan lembu dan bagaimana membina kandang dan reban ternakan. Sibuk manapun dia, ada masalah, call mesti datang. Hubungan seperti adik beradik saya dgn dia. Tak pernah merungut walaupun sawit saya kurang baja, habis tangannya melecet. Langsung tak berkira wang dan tenaga. Sama2 cr kayu dlm hutan, ditegur halimunan.🙂. Dulu ada seorang sahabat lg, syafiq, tapi dah menyertai polis, insya Allah mungkin satu hari nanti beliau bersama kami semula, baik dan sporting orangnya.


Huzaifah; partner strategik juga, rajin melayan binatang2 yg ada di kebun. Bela ayam, arnab, puyuh, ayam belanda yg ada di kebun. Memang sekarang zawiya penuh dgn haiwan; jika datang memang unggas2 ni akan sekaki dengan kita; memang happening zawiya ketika ini. Rajin juga seperti pm razak; selalu bawa balik rumput dan makanan utk lembu-lembu kami; insya Allah akan ada bebiri beliau di zawiya sedikit masa nanti.


Abg wan; pembantu kebun saya, kehadiran beliau banyak melegakan kami, gaji yang kami bayar bukannya tinggi buat beliau. Tapi alhamdulillah, beliau antara pembantu yg setia. Memang sangat berkemahiran dalam penanaman sayur dan jagung. Saya tengah carikan tanah buatnya untuk diusahakan penanaman jagung. Kalau ada tanah yang berdekatan saya nak sewakan buat abg wan. Tak terungkap juga kebaikan dan huluran bantuan darinya buat zawiya. Akan bercuti sebulan bermula 7 Januari 2018. Pasti ketiadaanya akan dirasai.

Ajid, anak murid cinta hati saya; berpengalaman luas tentang penjagaan lembu,kerbau dan kambing kerana ayahnya punyai beratus ternakan. Senang minta tolong; suntikan vaksin, tembak pelali, buru lembu, tangkap lembu yg terlepas semua dia boleh buat. Tuhan pertemukan kami dgn insan yg mampu berdepan dgn karenah2 lembu bila banyak. 

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

الْمُؤْمِنُ مِرْآةُ (أخيه) الْمُؤْمِنِ
Seorang mukmin cerminan dari saudaranya yang mukmin.
(HR al-Bukhâri (al-Adabul -Mufrad no. 239) dan Abu Dâwud no. 4918 (ash-Shahîhah no. 926)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُخَالِلُ
Seseorang itu tergantung pada agama temannya. Oleh karena itu, salah satu di antara kalian hendaknya memperhatikan siapa yang dia jadikan teman.
(HR al-Bukhâri no. 3336 dan Muslim no. 6708)

Al-Ahnaf bin Qais rahimahullah berkata, “Kami dulu selalu mengikuti Qais bin ‘Ashim. Melalui dirinya, kami belajar kesabaran dan kemurahan hati sebagaimana kami belajar ilmu fiqh.”
(Al-‘Afwu wa al-A’dzâr, Ibni ar-Raqqâm. Nukilan dari Sû’ul Khuluq, Muhammad Ibrâhîm al-Hamd hlm. 134)
Semoga persahabatan dan ukhuwwah kami tersimpul rapi pada minat yg sama iaitu berkebun dan berternak. Saya bertuah mempunyai sahabat2 yg baik. Syukur atas anugerahnya.

Rawatan Fibroid dan Unsur-unsur Alami

Saya sering dirujuk berkaitan masalah fibroid yang dialami oleh wanita. Ada beberapa ikhtiar menggunakan bahan alami yang saya gunakan ketika merawat. Antaranya ialah raja kayu, kumbui/kumbu/kumbul/topang kelapa dan air.

Bahan Pertama:

Raja kayu adalah sejenis tumbuhan liar yang batangnya bewarna seakan oren. Boleh didapati dan dijual di sekitar cameron highland dan rnr sg perak oleh masyarakat asli. Raja kayu diasah menggunakan belakang pasu, diambil habuknya, bancuh dengan air yang telah didoakan dengan doa ini:
اللهم يا مصغر الكبير يا مكبر الصغير صغر ما بي ياارحم الراحمين

Selepas di doakan, bancuhan tersebut dilumurkan di bahagian bawah perut pesakit dan di bahagian belakang pesakit iaitu sekitar pinggang ke bawah. 

Bahan Kedua:

Kumbui/kumbul/kumbu/topang/tumbuh kelapa ialah bahagian dalam kelapa tumbuh yang dimakan oleh pesakit setelah diruqyah. Biasanya orag dahulu cari kelapa yang tumbuhnya sejengkal. Dimakan kumbui selama 7 hari berturut2. Ini bermaksud, rawatan ini perlukan 7 biji kelapa tumbuh. Kelapa ini dibelah dan diruqyah dan diambil kumbuinya.
Kumbui Kelapa
(Warna kuning)

Kumbui Kelapa

Bahan Ketiga:

Air, diruqyah dengan:

3 Kali Istiqfar
1 Kali al-Fatihah
1 Kali Ayat kursi
3 Kali doa:
اللهم يا مصغر الكبير يا مكبر الصغير صغر ما بي ياارحم الراحمين

Bahan Ketiga:

Doa ketika makan dan minum air. Bacakan juga doa ini sambil minta penyembuhan daripada Allah SWT pada makanan dan minuman yang masuk dalam badan kita. Semoga setiap makanan yang kita makan menjadi penawar kepada setiap kesakitan kita. Boleh baca juga doa ini:

اللهم يا مصغر الكبير يا مكبر الصغير صغر ما بي ياارحم الراحمين

Semua yang saya petuakan ini adalah untuk rawatan diri sendiri, maksudnya pesakit sendiri yang membacanya setiap kali ingin melakukan rawatan. Air, raja kayu dan kumbui juga boleh kita minta kepada orang-orang alim tolong doakan juga. Boleh juga minta ibu bapa yang melahir dan membesarkan kita berdoa.

Selamat mencuba, ikhtiar orang dulu-dulu tiada pembuktian saintifik dan sandaran hadis. Semoga bermanfaat.

Sunday, 17 December 2017

Bengal Domestik

Dahulu saya punyai kucing bengal yang sangat cantik, namanya belang. Bela hampir dua tahun dan hilang. Apa khabar kamu belang sekarang?, rindu...

Gambar dia masa 3 bulan.




Pokok Daun Lebar

Pokok Daun Lebar|
Daun pokok ni dulu arwah mak bg makan kambing2nya. Saya xsedar yg daun ni mmg kambing dan lembu makan kecuali setelah saya lihat uncle benggali saban hari mengutip daun ini di tepi2 jalan.
Petang tadi lepas tanam napier bersama huzaifah sekitar 1/2 ekar, saya baru teringat yg arwah mak saya juga pernah bg daun ni. Saya tebang pokok2 ni dan bawa balik kandang. Mak oiiii....kena serbu dgn lembu2. Siap berebut2 dan tanduk belakang saya minta daun tersebut. Tengokla....hilang penat saya.
Di kebun, parang memang tersarung di pinggang; bahaya...





Wednesday, 13 December 2017

Aku, Abg Wan dan Lembu


Insya Allah abg wan akan balik ke indonesia menziarahi isterinya pada 7 Januari 2018; nampak gembira dan ceria di raut mukanya. Saya beri cuti sebulan untuk abg wan berada di Surabaya, Indonesia. Alhamdulillah kali ini dia balik dgn wang hasil jualan lembunya.

Beri cuti kepadanya bererti meletakkan segala tanggungjawab pengurusan ternakan kepada bahu saya. Sayalah meneja, saya juga pekerja am di zawiya. Seorang sahabat baik saya menasihati:
‘Ustaz, jgn terlalu bergantung pada orang, buat semua sendiri, ustaz mampu buat..’

Insya Allah, saya memang ‘orang kampung’, tahu dan mahir selok belok ternakan; terbiasa lasak dan sememangnya tahan lasak. Jika saya insan yg ‘lembik’ saya dah tak mampu untuk susun jadual harian saya yg cukup ‘padat’. Bahagi masa antara kerja, keluarga dan khidmat sosial.

Saya doakan semoga saya dikurniai kesihatan yang baik dan kemampuan menyusun masa dgn baik. Bukan senang menguruskan 11 ekor lembu, 13 ekor kambing dan hampir seratus unggas di zawiya. Saya yakin, jika saya mudahkan perjalanan hidup abg wan, Allah mudahkan perjalanan hidup saya. Insya Allah. Syukur saya juga punyai rakan-rakan yg cukup baik dan sedia membantu saya. Alhamdulillah.

utk ‘kurus’ dan ‘tegap’ seperti tahun lalu bila abg wan balik ke indonesia. Tapi masa tu saya belum bertugas sebagai imam masjid; tapi kali ni lagi mencabar.

Ya saya pegang pada prinsip:
‘Masalah adalah utk dihadapi, bukan untuk ditangisi...’


Lalang, Makanan Lembu dan Peribahasa

Alhamdulillah, lembu dan kambing kami makan lalang. Nama saintifik lalang ialah Imperata Cylindrica. Memang kalau kutip petang-petang memang mereka makan macam KFC. Saya biasanya akan campur dengan 1 kilo dedak penggemuk lembu sebagai makanan tambahan. Adakalanya saya campur dengan air garam. Saya renjiskan sedikit di atas lalang-lalang yang telah saya potong. Alhamdulillah mereka memang berselera untuk makan.

Kata orang-orang tua, lalang ni besar manfaatnya, tapi saya tidak pernah cuba. Ada yang sebut air rebusan daripada akar lalng dapat meredakan asma. Wallahua'lam, unsur alami yang masih belum dikaji.

Ada dua peribahasa melayu;

 "ikutlah resmi padi,makin berisi makin ia tunduk kebumi.jangan ikut resmi lalang,makin tumbuh, makin menjulang"

'Jangan seperti lalang ditiup angin'
                                                                                

Dalam kehidupan seharian, Dua peribahasa ini cukup sesuai menggambarkan dua sifat manusia:

Pertama: 

Jangan sombong bila memiliki apa yang tidak dimiliki oleh orang lain seperti ilmu, kekayaan, kecantikan, rupa paras dan kemahiran. Itu semua adalah kurniaan Allah SWT buat kita. Kita diibaratkan seperti lalang yang makin tinggi, makin menjulang ke langit.

Kedua:

Jangan kita ini seperti orang yang tiada pendirian. Seumpama lalang yang mudah melenggok ke kanan dan ke kiri apabila ditiup angin.Ia ibarat juga si munafik yang bertalam dua muka. Juga seperti parasit dalam organisasi yang kerjanya hanyalah 'mengipas'.

Selamat mengambil iktibar







Tuesday, 12 December 2017

Doa Sukar Tidur Malam

Doa ini digunakan oleh saya bagi rawatan sukar tidur malam. Doa ini juga kadang-kadang saya guna untuk merawat bayi yang menangis malam. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, diberikan penyembuhan oleh Allah SWT. Bagi rawatan sukar tidur malam, rangkaian doa di bawah dibacakan di air, lalu di beri minum pesakit dan digunakan untuk membasuh muka pesakit. Bagi rawatan bayi menangis, saya bacakan dan tiup di seluruh tubuh bayi tersebut dan minta ibunya mencampurkan sedikit air yang telah diruqyah dan dimandikan bayi tersebut. Rangkaian doa-doa tersebut seperti di bawah:

Doa Pertama:


اللَّهُمَّ غَارَتِ النُّجُومُ ، وَهَدَأَتِ الْعُيُونُ ، وَأَنْتَ حَيٌّ قَيُّومٌ يَا حَيُّ ، يَا قَيُّومُ ، أَنِمْ عَيْنَيَّ وَأَهْدِئْ لَيْلِي

Maksudnya : “Ya Allah , telah malap bintang-bintang , dan telah tenang mata-mata manusia , dan Engkau maha berkuasa , Wahai yang Maha Berkuasa , lelapkanlah mataku dan tenangkanlah malamku ini .”


Takhrij hadis:

الراوي:زيد بن ثابت المحدث:ابن حجر العسقلاني المصدر:الفتوحات الربانية الجزء أو الصفحة:3/177 حكم المحدث:غريب


Doa Kedua:

بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنِ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ بِاسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ

Maksudnya : “Dengan nama Allah aku mendinding kamu daripada setiap sesuatu yang menyakiti kamu yang datang daripada setiap kejahatan jiwa atau mata orang yang hasad (dengki), semoga Allah menyembuhkan kamu dengan nama Allah aku mendinding kamu.”   

Takhrij hadis:

الراوي:أبو سعيد الخدري المحدث:الألباني المصدر:صحيح ابن ماجه الجزء أو الصفحة:2856 حكم المحدث:صحيح


Ok, selamat beramal!!!