Penting bagi yang mula nak berjinak-jinak dalam bidang penternakan itik. Itik Telur Jantan biasanya kepalanya akan berwarna hijau dan badannya akan cantik daripada segi kombinasi warnanya. Di ekornya akan ada bulu yang berbentuk bulat. Itik telur betina pula biasanya bewarna coklat dan berbelang2. Kalau itik serati atau nila, itik jantan biasanya mempunyai bentuk tubuh yang lebih besar daripada itik betina.
Pengalaman saya memilih anak itik pula, biasanya jika itik telur saya akan pilih banyak betina bagi memastikan saya dapat kuantiti telur yang banyak. Bagi itik telur saya biasanya akan memilih anak2 itik yang lebih kecil kerana pengalaman saya, anak-anak2 itik yang kecil ini biasanya betina. Perbezaan juga boleh dilihat pada bahagian punggung anak itik, sila rujuk gambar yang disertakan. Jika itik serati atau itik nila, saya akan pilih anak yang lebih besar sebab biasanya anak yang lebih besar itu adalah jantan. Biasanya jantan itik serati lebih besar danboleh mencecah 3.5 kg seekor bila capai umur matang.
|
Perbezaan anak itik jantan dan betina |
|
Itik Telur Betina, bulunya warna coklat berbelang2 |
|
Bulu Ekor Itik Telur Jantan yang berbentuk bulat |
|
Kepala Itik Telur Jantan Bewarna Hijau |
|
Itik Serati Jantan biasanya lebih besar daripada betina |
No comments:
Post a Comment